Tuesday, April 30, 2013

HADIR


Terima Kasih.. 
Akhirnya setelah bertahun penantian ku, kau hadir juga di dalam mimpi.. Sekejap, namun bayangmu masih dapat ku intai.. Suaramu, Pesanan ringkasmu, seolah mengingatkan aku ke masa lalu.. yang telah terlalu jauh aku tinggalkan..

Terima Kasih..
Hadirmu dalam mimpiku kembali mengingatkan aku, agar tidak alpa dalam doaku, tidak culas dalam sujudku, agar terus menghadiahi kamu.. Hanya itu satu-satunya yang kami mampu..

Terima Kasih..
Walau kau hadir menjengah lenaku, namun kau masih memberi peringatan.. Bahwa kini aku telahpun mempunyai suatu kehidupan yang lain.. Kau seolah ingin menyatakan, kita kini sesungguhnya berbeda..

Terima Kasih..
Andai saja kau masih sudi, aku tetapkan menanti.. Kau menjengah lena agar aku terus diberi peringatan yang tiada ternilai ini.. Terima Kasih.. Al-fatihah

Sunday, March 31, 2013

CORETAN BUAT KAU BAKAL ANAK KU


Duhai anak. Andainya suatu hari nanti kau merasa kecewa dengan aku ibumu, atau andainya suatu masa nanti kau merasa sebal dengan dia ayahmu, dengarkan ini. Coretan yang sempat ibu lakar sebelum kau melekat di dinding rahim ibu. Ibu melakar ini dengan tangisan, namun bukan air mata mu yang ibu damba sayang. Ibu hanya mahu kau mengerti betapa jerih kami menanti untuk memiliki kau duhai anak si jantung hati.
                Kisahnya bermula dengan penyatuan cinta kami, besar harapan ibu dan ayah agar segera memiliki kau zuriat lambang cinta abadi. Namun rezeki di tangan tuhan, apa lah daya kami untuk meminta-minta lebih dari yang Allah Rabbul Jalil berikan. Ibu dan ayah tidak cepat melatah, pelbagai cara kami usahakan.
                Dari satu bidan ke satu bidan kami beralih, dari satu jamu ke satu jamu kami jamah, masih lagi belum rezeki kami untuk memiliki kamu anak. Lirih hati ayah demi melihat rakan-rakan lain yang lebih lambat menikah dari kami mula menimang permata hati masing-masing. Ibu tahu ayah kecewa walau tidak pernah sekali ayahmu menyatakannya. Duhai anak, 1000 kali ayah berasa kecewa, malah ibu menanggung kesakitan lebih dari itu sayang.
                Kami mencuba lagi. Demi mendengar mana-mana jalan yang boleh kami usahakan, kami lakukan anak. Duit, masa dan tenaga usah dikata. Ibu juga sering menelaah mana-mana artikel yang ibu kira membantu untuk mendapatkan kamu. Namun anak, usaha kami kadangkala terbatas kerana kekangan kewangan melanda. Hanya ayah seorang yang bekerja sayang. Di zaman serba persaingan ini, ibu tewas bagi mendapatkan pekerjaan bagi membantu ayahmu walau ibu punya kelulusan.
                Pernah suatu masa ada seorang pengamal perubatan tradisional mengatakan adanya gangguan halus di rumah yang kami diami ini, maka kerana itulah kami lambat untuk menimang kamu. Untuk berpindah rumah bukan mudah anak, banyak kos yang perlu ayah fikirkan. Tapi ayahmu bukan selemah itu, ayah usahakan untuk menjalani perubatan islam pula bagi mengatasi gangguan yang melanda.
                Kau tahu anak, satu saat bermacam tanda kehamilan yang ibu telah rasa. Ayah juga yakin benar di dalam rahim ibu duduknya zuriat kami. Keyakinan ayah buat ibu gentar. Gentar andai kali ini kami kecewa lagi. Benar anak, kami kecewa lagi. Hanya satu garisan yang terpapar di kit ujian kehamilan yang ibu lakukan. Tahukah kau anak, lama ayah meneliti kit kehamilan tersebut, mungkin ayah menanti keajaiban berlaku. Dan kami masih menantimu hingga ke detik ini.
                Senyap-senyap ibu melayari internet, mengumpul sebanyak mungkin maklumat yang mampu ibu dapatkan kerana ibu berkira-kira mahu mendapatkan rawatan di hospital. Sekurang-kurangnya dengan melakukan scan rahim dan ovari bagi  mencari punca keterlewatan kami bagi memiliki kamu. Mengalir air mata ibu anak, hati ibu bagai tersayat demi melihat jumlah angka yang perlu ayah sediakan untuk membolehkan ibu menjalani rawatan tersebut. Telah ibu katakan tadi, hanya ayah yang bekerja maka segala beban berada di pundaknya. Itu belum termasuk lagi bagi rawatan di pihak ayah.
      Oh anak, bukan niat ibu untuk membangkit atau mengungkit. Andainya suatu hari nanti kau terbaca coretan ibu ini, ibu mahu kau mengerti getir yang kami lalui bagi mendapatkanmu sayang. Ibu mahu kau mengerti agar kau bisa lebih menghargai, bukan saja kepada kami ibu ayahmu, juga kepada istri atau suamimu juga kepada anak-anakmu. Selamat datang wahai putera puteri yang kami nanti, selamat datang wahai si jantung hati. Ibu dan ayah setia menanti. Insya Allah.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                -31 Mac 2013-  

Tuesday, February 26, 2013

perjalanan kami bagi mendapatkan zuriat sendiri.. Insya Allah

hiii.. bertemu lagi kita di blog pemalas ini (setahun hanya up beberapa entry saja) sigh..
walaupun aku pemalas nak up entry baru, tapi hari ni aku nak berkongsi (maknanya hari ni adalah hari kerajinan buat aku)..
berkongsi tentang penantian aku dan suami untuk mendapatkan zuriat kami sendiri..
mungkin ada pembaca di luar sana yg senasib dengan kami, jadi marilah sama2 kita berkongsi..

untuk pengetahuan korang, kami suami isteri selamat dinikahkan pada 30 December 2011..
alhamdulillah dengan sekali lafaz, sahlah kami ni sebagai laki bini..
lalu bermulalah kehidupan dan pengharapan kami untuk menimang zuriat sendiri..
namun, langit x selalunya cerah.. 
penantian kami masih belum membuahkan hasil..

banyak dah yg kami usahakan..
berurut (suami isteri), sebut saja bidan mane, kami akan pergi, makan folic acid since sebelum nikah lagi (konon eksaited ikut saranan staff nurse kat KK mase buat ujian saringan HIV), berpantang makan walaupun ada sedikit2 mengelat huhuu (aku telah hampir terlupa bagaimana rasanya nenas, air gas, air tebu, air kelapa, jeruk2, asam2 dan blablabla), kira kitaran pms betul2 sb nak pastikan waktu subur, makan buah delima sampai sakit2 tekak sb tak pandai kopek kulitnye, minum Zureat by Atika Beauty dan macam2 lagi..
tapi nampaknya usaha kami masih belum membuahkan hasil..

- sebahagian dari usaha kami -

sampai satu tahap, aku rasa dah give up dan malas sgt2 nk fikir pasal anak lagi.. aku berhenti makan folic acid, aku tak ambil pusing pasal pms aku lagi, dan aku juga menghindar dari mereka2 yg berperut boyot.. huhuu
rasa jeles mmg sukar aku nak bendung.. demi melihat perut orang2 sekeliling aku yg memboyot, kat dlm hati terdetik rasa sedih sgt2.. demi melihat coment2 atau luahan dari suami di fb tentang keinginannye yg meluap2 nakkan zuriat sendiri, hati aku terasa mcm di sayat2.. 
serius, hanya mereka yg telah @ sedang melaluinya saja yg tahu bagaimana seksanya perasaan kami..
bagi aku, mmg mudah org melemparkan kata2 'alah baru lagi, baru setahun, honeymoon dulu' dan mcm2 lagi.. aku hargai pendapat kalian.. sgt2 hargai.. tp kalian tidak berada di tempat kami.. kalian tidak akan memahami bagaimana rasa rindunya untuk mendengar tangisan anak sendiri.. sobs sobs

aku selalu pelik, pms aku alhamdulillah takde masalah.. senggugut pulak bukanlah every month aku akan kena.. kdg2 2 ke 3 bulan sekali baru aku terasa period pain tue..
dr segi family pula, family sebelah suami, setakat ni semua adik beradik suami bunting pelamin..
family aku pula, dlm tempoh tak sampai setahun, semua telah membuahkan hasil di dalam perut.. aku je yg telah menginjak setahun lebih tapi masih belum ada tanda2 aku mengandung..
jika aku pernah keguguran walau sekali pun, aku puas.. sekurang2nya aku tahu yg aku boleh mengandung kan.. nak pergi check doktor pula, kami masih menunggu masa yg sesuai selain kami mencuba segala mcm method yg ada untuk membolehkan aku mengandung.. namun segala usaha kami masih belum dilorongkan Allah.. Allah tahu masa yg tepat untuk kami memiliki zuriat sendiri.. Insya Allah..

pada cuti CNY yg lalu, seorang rakan suami yg baik hati telah membawa kami pergi berubat kg di Felda Ayer Hitam.. dipendekkan cerita, ada sesuatu yg mengganggu kami.. wallahualam..
mmg sejak kami mendiami rumah sewa kami sekarang ini, banyak gangguan yg terjadi.. 
antaranya, suami pernah bermimpi binatang berbisa sehingga ibu jari beliau bengkak dan tersangatlah sakit, jiran bawah rumah pernah bertanya kenapa rumah kami kerap berbunyi bising sekitar jam 2 3 pagi, bunyi perabot dialihkan serta sudu diserakkan, aku pernah bermimpi bayi sebanyak 2 kali, kami sukar tidur kerana rasa panas sampaikan terpaksa pakai 2 kipas, 1 kipas syiling, dan 1 lagi kipas duduk, kami suami isteri kerap bergaduh (jujur, aku selalu berasa panas hati dgn suami sendiri, bila suami tiada aku rindu, bila suami ada rasa hati ni panas membara), aku semakin kuat makan dan perut aku membuncit dan tegang seakan wanita mengandung..
menurut org yang mengubatkan kami tue, ada sesuatu yg menumpang di dalam perutku.. dan aku juga pernah mengandung sebanyak 2 kali.. wallahualam

setakat ni, dah 3 ke 4 org kami bertanya, termasuk seorang imam, mereka menasihatkan kami agar berpindah rumah..
aku juga mengharapkan begitu..
tapi apapun, segala keputusan terletak di tangan suami.. bagi aku, tak kisahlah jika berpindah ke rumah yg lebih sempit sekalipun, aku tak kisah.. apa yg penting bagi aku, jika benar adanya gangguan yg kita tak nampak, biarlah gangguan itu lekas2 berakhir.. berilah kami peluang untuk menjalani kehidupan normal dn bebas dr semua ini.. insya Allah..

hah, pada korang kat luar tue, ade tak pengalaman mcm aku? jom lah kita berkongsi cerita, moga perkongsian kita ini akan membawa manfaat kpd kita juga kpd org lain.. Insya Allah.. sampai di sini dulu, salam..

Friday, January 18, 2013

flashback ;))


ini gambar masa zaman bercinta cintun kembali setelah 7 tahun terpisah.. wahh ;))


kursus kahwin di JOM KAHWIN Alam Damai, Cheras ;))
p/s :- kalau tak pergi kursus kahwin ni, jalan untuk kami bertunang tue mungkin belum terbuka lagi tau =.=


aku telah dipinang orang !!! weehuuu ;))


setelah rasmi menjadi tunang-tunangan yay !!! ;))


pre-wedding di Gold Coast ;))


setelah sah menjadi PUAN dan TUAN ;))


majlis sanding pertama lepas nikah ;))


pengantin penat ;))


bukti generasi FELDA sejati ;))


majlis sambut menantu ;))


dah setahun pun, dan kami masih berdua.. doakan ade rezki buat kami yer untuk menimang cahaya mata ;))

Alhamdulillah,, cinta halal hingga ke syurga ;))

Friday, January 4, 2013

antara dua

pagi tadi dapat call dari pihak ape ntah,, offer aku ikut program GEMS.. kursus 2 bulan kat setiu, then boleh pilih praktikal trainning kt negeri yg kite nak..

emm.. mmg bagus pon program tue.. rata2 tanye membe2 yg dah pegi, semua bg feedback yg positif2 belaka..

tapi...


kesian pulak kt encix rumet yg gebu kalau aku pegi.. mesti beliau dah x gebu lagi kalau aku tinggal beliau selama 2 bulan.. and azam tahun baru yg aku buat tue pon msti kne postpone.. kuikuikuiiiii

mcm mane yer?? any idea?? >.<

hello 2013


hye !! even dah 4 hari kite bernafas di tahun baru, tpi rasanye masih belum terlambat kot kalau aku nk ucapkan "Selamat Datang 2013" !! Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini.. 

bercerita ttg tahun baru,, mesti x lari dr azam kn.. bg aku, aku bukanlah jenis yg renew azam setiap tahun,, tp since aku dah jadik puan nih, aku ambil kesempatan sempena tahun baru 2013 nih untuk berazam meramaikan lagi umat nabi Muhammad (saw) di muka bumi ini.. kena berusaha dgn lebih gigih nampaknye.. hehe

last but not list, SELAMAT TAHUN BARU semua, semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. In sya Allah ;)))


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers