Thursday, December 13, 2012

bermula kembali

agak lama aku tak menulis di sini.. sebenarnya masih tercari2 apakah hala tuju blog yg x seberapa ini.. hingga pernah terlintas di fikiran untuk membuang sahaja blog ini.. namun,, ade sesuatu yg menghalang..

tunggulah hingga 1 saat aku selesaikn segalanya, mungkin dengan merombak kembali segala yg pernah aku post di blog ini, memperbaharui segala serbi.. in sya Allah akan aku teruskn dengan penulisan di sini..

salam bermula kembali ;))

Thursday, June 7, 2012

budak berseni

Petang2 gini mmg syiokk layan popia sardin.. nyum nyum.. maka td gagahkn diri pi kedai n beli bahan2 nk buat popia.. (bkn beli yg ready made punye tahu) haha


Tp maklum ler bile budak yg lngsung x berseni ni buat keroje.. maka hasilnye popia gemok2, kejap panjang kejap pendek.. nasib ler encix rumet x complain.. bahahahhaa


Okebye


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 30, 2012

bila yg di idam berada dlm genggaman

Sejak semalam mengidam nk makan kek lapis sarawak.. siap bg mesej panjang lebar kat sang rumet dgn tujuan membodek untuk dibelikn si idaman kalbu.. tup2 sang rumet balik keje dgn tngan kosong =(  oke, siyez kecewa..


Malam masa sang rumet pening2 lalat mahu lelapkn mata, sempat lg bisik kt telinga beliau "kek lapis sarawak" 2 kali.. sungguh psyko kn ini budak.. kahkahkah


Kemuncak acara psyko adalah, pg td sang rumet berkata "dlm kiraan 3, pegi mandi.. kalau x, x dpat ikut" hah lalu ape lg, melompat terus dr katil dn pegi besiap.. settle seme tanggungjawap pekerjaan sang rumet, maka aku pun psyko beliau sekali lagi.. "alangkah indah kn syg dpat mkn kek lapis sarawak"


Maka sang rumet yg kelihatan tdk tahan di psyko oleh sang bini terus mendrive kereta menuju ke bndr baru bangi... Taddaaaaa... Akhirnye.. kek idaman berada dlm genggaman..


----» sebenarnye makan sikit jek dah terasa cukup.. tp dah berangan nk beli flavour choc plak di lain hari.. adoiiiiii


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 24, 2012

cara mudah tangani HISTERIA


pernah tak anda mendengar tentang kejadian HISTERIA yg sering terjadi biasanya dlm kalangan pelajar (terutamanya di asrama)? teringat dulu masa duduk asrama, pernah juga berdepan dengan kejadian HISTERIA ni.
mitos HISTERIA terjadi biasanya pada tahun ganjil, dan dekat dgn waktu peperiksaan, tetapi tidak diketahui sejauh mana kebenarannya.
di sini aku nak kongsi sikit cara mudah dan berkesan tangani HISTERIA.. cara ni aku dapat dari seorang ustaz masa tengok rancagan MHI pagi tadi.. sebelum tue nak kongsi sikit persamaan punca-punca HISTERIA dari sudut psikologi dan juga islam :-

---> HISTERIA biasanya terjadi apabila seseorang itu berada dlm keadaan terlalu SEDIH, KECEWA, RESAH, NAFSU SEKSUAL yg terlalu tinggi dn sebagainya.

Cara Mengatasi HISTERIA :-

----> genggam tangan kanan anda, dan baca lafaz BISMILLAH
----> masih menggenggam tangan kanan anda, baca BISMILLAH HI MASYA ALLAH (baca 3kali)
----> tiup di genggaman tangan kanan anda tadi
----> tepukkan tangan kanan anda ke bahagian belakang mangsa (dibahagian antara dua tulang belikat)
----> minta mangsa mengucap, jika mangsa mampu mengucap dgn betul, maknanya mangsa sudah pulih dr gangguan jin..

mudah bukan??

lepas nih, x perlu lagi picit ibujari mangsa menggunakan lada hitam, tepuk atau pukul mangsa di bahagian tidak sepatutnya kerana JIN hanya akan masuk ke dalam badan manusia melalui bahagian belakang badan (di antara dua tulang belikat)

harap cara ini memberi manfaat kepada guru2 yg sering berhadapan dgn pelajar yg HISTERIA ataupun rakan2 yg ingin membantu mereka yg terkena HISTERIA.. terimakasih



Monday, April 16, 2012

:: petua kempiskan perut saya dan anda ::

siapa kat sini yg ada masalah perut buncit ?? jangan malu jangan segan kerana saya juga seperti anda.. teeheee... oke macam biasa aku memang rajin google kalau aku nak tahu ttg sesuatu perkara.. 
so tadi jalan2 kat internet dan terjumpa petua camne nk kepiskan perut yg menonjol ke depan.. 

terima kasih kat petua sejagat untuk petua yg sgt mudah untuk diamalkan ini.. semoga lepas nih kita same2 rajen untuk amalkan petua nih yer kawan2..

PETUA KEMPISKAN PERUT

1. mula2 bancuh segelas air teh TANPA GULA
2. kemudian perahkan limau nipis ke dalam air teh tersebut.
3. amalkan minum setiap hari sehingga perut yg menonjol kembali kempis..

mudahkan???

oke, bagi ibu-ibu selepas bersalin pula, anda tentu risau perut anda akan berubah selepas melahirkan bukan??
jangan risau lagi kerana petua sejagat ada kongsikan petua yg boleh para ibu sekalian alam amalkan untuk hilangkan kebuncitan perut anda..

CARANYA

1. sediakan bahan-bahan seperti kapur sirih (kapur makan), minyak kayu putih dan juga perahan limau nipis.
2. gaulkan ketiga-tiga bahan hingga rata.
3. sapukan kesemua bahan tadi ke perut dan pinggang ibu bersalin sehingga rata.
4. setelah bahan-bahan tadi kering, ikat bahagian perut dan pinggang dengan rapi menggunakan lampin bayi.. guna barut pon boleh.. 
5. amalkan petua ini setiap pagi dan petang selama 40hari berturut-turut, insyaallah anda akan mendapat hasilnya..

**walaupun aku sendiri tak cuba lagi petua-petua nih, tapi ilmu yg baik kan lebih elok untuk dikongsikan.. 
**insyaallah, mulai harini, aku akan amalkan petua yg pertama.. nnt kalau da ade beby, bolehlah amalkan petua yg kedua pulak.. anda pula bagaimana??

Thursday, April 12, 2012

birthday eve

Sedang menanti detik anjakan ke usia 24 tahun..

Tarik nafas, dn pasang hajat dlm hati :-

:: semoga Allah kurniakan sy kekuatan ketabahan dn rezeki yg luas, agar sy boleh berbakti kpd suami, ibubapa dn keluarga..

:: semoga Allah memberi peluang dn kesempatan buat rahim sy diisi dgn zuriat yg sihat tubuh badan, sempurna fizikalnya serta cerdas akal fikirannya agar zuriat itu nnt mampu berbakti kpd kedua ibubapanya, masyarakat, agama, bangsa dn negara.. amin

:: semoga sy mampu menjadikan rumahtangga sy aman, makmur dn bahagia sehingga membawa ke syurga.. amin insyaallah...


- eh eh td cakap pasang hajat dlm hati, tup2 dah dikongsi dlm blog pula - okebye


Published with Blogger-droid v2.0.4

quick entry before tomorrow

:: happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday happy birthday, happy birthday to me :: cepat2 ramai2 nyanyikan lagu happy birthday for me =.=
since tomorrow is my birthday, i'm wondering what i will get on that day.. hahaa tak malu, mengharap lagi hadiah birthday sedangkan diri itu sudah tua pfftttt
emm actually aku tak expect pape pon for my birthday.. mcm tahun lepas, encix rumet (ketika itu masih bergelar tunangan) belikan hadiah yang diberi lebih awal dr hari kejadian dan masa hari kejadian, aku ikut dia pergi bekerja sambil makan KFC.. aww so sweettttttt

cincin lamaran @ risikan x rasmi =)
untuk tahun nih, aku teringin nak bake something for my birthday.. samada cupcakes, or cake ice-cream.. tapi memandangkan kelengkapan membaking yg tidak berapa nk lengkap membuatkan aku berfikir seploh kali semula ttg rancangan aku sebentar tadi.. 

 so siapa2 yg berhajat nk wish birthday kat aku sapa2 yg sambut birthday, kat sini aku nk share sikit ucapan menyentuh kalbu yg boleh kita praktikkan agar ucapan tersebut lebih mennggalkan kesan..


berikut adalah ucapan bermakna dalam bahasa omputeh Inggeris :-


:: Thinking of you with love on your birthday and wishing you everything that brings you happiness today and always.
::  To the world, you may be one person. But to me, you are the world.
::  It is not being in love that makes me happy but it is being in love with YOU that makes me happy.
:: Next to you is one of my favorite places to be. Happy Birthday
::  You get lots of greetings for your birthday but this one comes to you with all of my love.
::  It takes only a few seconds to say I love you but it will take me an entire lifetime to show you how much.

credit to bicara romantis for the awesome finding.. lovin it!!!!

biasa kalau ucapan dalam bahasa melayu, kite selalu dengar benda yang sama, selamat hari jadi, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki.. itu mmg typical birthday wishes yg berderet kita dapat dekat dinding mukabuku kita kan yuu ollsss...

but for me, semenjak umur tehal menginjak ke angka 20-an ni, aku mula tukar ucapan aku kpd sesuatu yg sedikit differ from others..

oke contoh :-
:: SELAMAT HARI LAHIR sayang, semoga Allah memberkati kamu sekeluarga, dan semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kamu dunia akhirat..amin
::   SELAMAT HARI LAHIR sayang, semoga rahmat Allah sentiasa melindungi kamu.. amin insyaallah..
:: SELAMAT HARI LAHIR sayang, semoga dipanjangkan umur kamu, semoga kamu beroleh kesihatan yg baik dan berterusan, semoga diperluaskan rezeki kamu dan semoga kejayaan hidup di dunia dn akhirat menjadi milikmu.. amin..


oke, nilah antara contoh ucapan dan doa yg boleh kita sampaikan kat kawan2 yg kita sayang.. tak semestinya panggilan sayang tue hanya untuk bf/gf/husben/wife saja tau.. untuk kawan2 yg selam ani banyak buat kite senyum happy dan ketawa pon boleh.. 


lagi satu nk kongsi sikit, kalau kita doa semoga orang tue akan dapat rezeki, jgnlah kita doakan "murah rezekinya" untuk org tue.. nnt rezeki yg nk masuk pun "murah" atau sikit.. kan lebih elok kita doakn diperluaskan rezeki baginya.. kan kan


emm okela.. got to go.. semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd anda.. terimakasih

Sunday, April 8, 2012

:: ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 25 ::

pada 8hb April berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian -25 (ABPBH -25) di Arena Of Stars Genting Haighland.. apa yg istimewanya ABPBH kali ini adalah sambutan JUBLI PERAK iaitu tempoh 25 kali penganjurannya sejak mula diperkenalkan Berita Harian pada 1987.

oke malas nak berceloteh panjang sebab aku bukan lah antara retiss yg hadir ke anugerah berprestij tersebut mahupun retiss yg tercalon sobs sob.. berikut aku sertakan keputusan penuh  Anugerah Bintang Popular Berita Harian -25 (ABPBH -25) enjoy yah :-

Artis Duo / Berkumpulan Popular
3 Suara :: Shila Hamzah, Ning Baizura, Jacklyn Victor

Artis Baru Wanita Popular
Tasha Shila

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail (FBI)

Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular
Zizan Razak

Artis Baru Lelaki Popular
Johan Arif Ashari

Pelakon TV Lelaki Popular
Fizz Fairuz

Penyampai Radio Wanita Popular
Farah Fauzana

Pengacara TV Wanita Popular
Farah Fauzana

Artis Komedi Lelaki Popular
MakJemah aka Johan

Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz

Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz

Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sanda

Pelakon Filem Wanita Popular
Maya Karin

Penyanyi Wanita Popular
Yuna yeayyyyyyyy!!!!




Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Datuk Shiela Majid

Anugerah Seri Perak
Datuk Siti Nurhaliza




dan terimalah
Anugerah Bintang Paling Popular
Aaron Aziz


Anugerah Bintang Popular Berita Harian -25 juga diserikan dengan persembahan mantap dari barisan pelakon OMBAK RINDU iaitu Aaron Aziz, Maya Karin dan juga Lisa Surihani, dan tidak lupa paduan vokal mantap dari Hafiz dan Adira untuk lagu tema OMBAK RINDU..

tapi yang paling2 paling aku puas hati adalah sebab aku dapat menatap wajah-wajah hemsem para ex-boypren sape lagi kalau bukan bang nuar jen (ANUAR ZAIN) dan jugak bang tam (TAM SPIDER).. <--- oke tipu!!!

papepon gandingan bang nuar jen bersama DAYANG NURFAIZAH memang tidak mengecewakan... iollsss mmg adore sgt doang nih *tiru gaya makjemah yg telah menang malam nih*
namun persembahan dari NAJWA LATIF dan BLACK agak kurang menyengat, bagi akulah.. BLACK dah sangat oke, nampak selesa di pentas, namun bagi pandangan aku banyak lagi yg perlu adik Najwa belajar untuk menjadik good singer and also perfomer.. apepon yuu goo gurl!!! *hakak bangga tau hadik dapat beli myvi cash lagi aww*

cuma aku agak sedikit tepanjat gugurl dengan penampilan tak berambut si AIZAT.. what happen to you lalinx AIZAT?? ouh ouh (taip sambil kedip2 mata ingin tahu) <---- oke itu tidak perlu!!

siaran menjadi semakin hangat dgn persembahan lagu ANGGAPANMU versi AZLAN and The Typewritter dan juga LAGU UNTUKMU versi ZIANA ZAIN.. mata yg da ngantuk tetibe jadik cerah serta-merta tngok persembahan diaorang...

seperti biasa juga Anugerah Bintang Popular Berita Harian -25 menyediakan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat yang dianugerahkan kepada Datuk Shiela Majid..

dan buat pertama kalinya Anugerah Bintang Popular Berita Harian -25 menyediakan Anugerah Seri Perak dimana calon-calonnya adalah penyandang Anugerah Bintang Paling Popular sepanjang 25 tahun ini dan keputusan adalah 100% dari undian pembaca... anugerah ini telah dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza.. Datuk Siti juga menyandang pemenang paling banyak bagi Anugerah Bintang Paling Popular selama 7 kali sebelum beliau membuat keputusan untuk mengundur diri daripada sebarang percalonan...
tahniah Datuk Siti...

berakhirlah sudah Anugerah Bintang Popular Berita Harian -25.. mari berangkat masuk tidur kerana esok adalah hari sekolah, eh silap!! esok adalah hari bekerja.. sobs sob





*ampunkan ketidaksusunan aturcara persembahan yg dilaporkan oleh penulis kerana penulis hanya menulis ikut apa yg dia suka.. hahaa boleeh cmtue??
*motip sangat si sendat nk berterimakasih kat CINTA HATI dia kennn.. can you give some respect to Nora Danish?
*jambunya AZHAR dari BINTANG IDOLA nyanyi lagu bang nuar jen KEABADIAN CINTA* aww
*comeynye si johan ashari bergelek.. kalah inul !!!! aww
kroih kroih kroih~~~~~~~~~~~

Tuesday, April 3, 2012








* terjumpa quote nih dekat fb seoang kawan *

~ jgn buat spekulasi kerna suami tetap di hati ~ =)

Monday, April 2, 2012

nota buat adik

assalammualaikum sayang..
sebenarnya saat tinta ini ditulis, kakak tidak tahu arah mana harus kakak layangkan warkah yg tidak seberapa.. kakak hnya menulis dari kacamata seorang kakak, yg sedang melihat adiknya di rundung duka.. mungkin adik tidak mengenali kakak, tidak mengapa sayang.. mungkin adik tidak menyedari coretan kakak ini buat adik, tidak mengapa kakak tidak akan berkecil hati. kakak mencoret sekadar ingin membantu, jika ada jiwa-jiwa yg sedang terluka, jika ada jiwa-jiwa yg sedang di uji singgah di blog kakak yg telah lama menyawang ini.. semoga tulisan kecil kakak ini sedikit sebanyak mampu meredakan kelukaan di hati adik..

wahai adik sayang,
apa yang boleh kakak kongsikan disini,, Allah itu Maha Kuasa, dan Dia mengetahui segala yang tersirat dan tersurat di sebalik perjalanan kehidupan seorang makhluk bernama manusia.. percayalah sayang, di sebalik kedukaan, pasti ada hikmah yang menanti.. cepat atau lambat, hikmah itu pastikan muncul juga.. 

adik yg sedang berduka,
berbaik sangkalah kepada Allah,, kerana ketika Allah mendatangkan ujian kepada hamba-Nya, Dia tahu ujian itu tidak kan melebihi tahap kemampuan hambanya.. dengan ujian dan dugaan yang diturunkan kepada kita mahkluk yang bernama manusia juga merupakan satu platform terbaik buat kita untuk mengangkat darjat kita disisi-Nya, dengan syarat kita sebagai hamba benar-benar redha dan ikhlas menerima ujian yang diturunkan kpd kita...  Insyaallah..


adik yg di rundung kesedihan,
kakak pernah melalui saat getir kehilangan orang yg disayang.. hilang lenyap terus hingga kakak tidak berpeluang berjumpanya lagi di mana-mana tempat di dunia ini.. malah, wujudnya blog ini juga dahulu, adalah kerana dia.. di blog ini kakak curahkan segalanya.. tentang gelodak perasaan kakak, tentang kerinduan kakak,, tentang kegundahan hati kakak..


wahai adik yang manis,
setahun lamanya kakak mengambil ruang dan masa untuk benar-benar redha dan terima ketentuan ilahi,, seikhlas hati kakak.. sungguh kerdil rasanya bila mengenang masa lalu yg banyak kakak abaikan semata-mata memenuhi tuntutan hati yang tak rela dgn perpisahan abadi ini.. sungguh tipis rasanya iman kakak waktu itu, yg tidak segera menerima ketentuan Allah seikhlas hati kakak.. astragfirullahallazim..

dan alhamdulillah,, tiga tahun telah pun berlalu.. kakak berjaya bangkit dari kesedihan masa lalu kakak,, alhamdulillah.. sehingga kini,, hubungan kakak dengan keluarga arwah juga sangat akrab,, alhamdulillah.... kakak kini mempunyai keluarga lain yg ikhlas menyayangi diri kakak selain keluarga kakak sendiri.. alhamdulillah... dan kini kakak juga telah menemui penutup bagi segala kedukaan yg pernah kakak lalui.. alhamdulillah Ya Allah.. kakak telah bertemu dgn imam kakak, dan insyaallah kakak juga berdoa agar Allah pertemukan adik dengan imam adik kelak..


wahai adik yg berduka,
mungkin pengalaman kakak tidak sehebat mana.. mungkin kelukaan kakak tidak sedalam kelukaan hati adik dan tidak sehebat pengalaman insan lain.. namun kakak bersyukur sayang,, kerana dengan pengalaman inilah yang banyak mengajar kakak.. kakak pernah merasai kehilangan,, kakak pernah melakukan kesilapan,, namun kuasa Tuhan memang tiada tandingan,, dan alhamdulillah,, sekarang kakak sedang meniti kebahagiaan.. Syukur Ya Allah..


duhai adik,
kakak memang tidak mengenali adik secara peribadi, namun kakak tetap mencoret atas dasar tanggungjawap dan kasih dr seorang kakak kpd adiknya.. biarlah, pengalaman kecil kakak ini mampu memberi jiwa kpd diri adik yg adik rasakan sedang mati sekarang.. biarlah, coretan kakak mampu menyiram ketenangan dlm hati adik yg terluka.. apa yg boleh kakak katakan,, semoga adik tabah menghadapi dugaan ini.. anggaplah dugaan ini sebagai ruang dan peluang buat adik memperbaiki kelemahan diri.. insyaallah,, suatu hari nanti,, ada hikmah pasti menanti.. 


adik yg sedang di duga,
menangislah sepuas hati adik hari ini, lepaskanlah segala kekecewaan dn kelukaan hati adik hari ini, agar esok, adik tidak akan meratapinya lagi.. janganlah adik mengulangi kekhilafan kakak yg lambat menerima ketentuan Ilahi.. perdekatkan diri adik dgn Sang Pencipta agar adik tidak merasa sepi sendiri.. percayalah, jika adik kekal begini, meratapi satu babak yg Tuhan telah tetapkan dlm episod perjalanan kehidupan adik, akan ada insan yg lebih terseksa.. saat adik merasa goyah dn putus asa, pandanglah wajah ibuayah adik agar adik lekas sedar, ada insan yg menyayangi adik dan insan itu pastikan kecewa andai adik terus begini.. lekaslah bangkit sayang, agar kekuatan adik harini menjadi sumber inspirasi buat beribu lagi hati yg berduka di luar sana.. andai adik kuat di sini, si dia yg jauh di sana pastikan tersenyum dan berbangga dgn kecekalan hati adik..


akhir kata buat adikku yg sedang berduka,
maafkan kakak andai coretan ini mengganggu mu sayang.. kakak menulis bukan hanya untuk adik, tp untuk kakak juga andai satu hari nanti kakak di uji lagi.. salam sayang buat semua hati yg sedang di duga...



















Friday, March 16, 2012

cerpen

CINTA SEORANG NENEK

Seusia nenek cinta nenek hanya tertumpah pada satu. Setia nenek tak pernah berpaling-paling lagi walau jalan yang nenek tempuh sungguh berliku. Maklumlah kehadiran nenek dalam keluarga atuk terkemudian sekali. Saat anak-anak atuk telah mampu berdiri di atas kaki sendiri, untuk menguruskan diri sekurang-kurangnya. Fizikal nenek tidak memungkinkan untuk nenek bergerak pantas seperti manusia lain. Namun nenek tetap nenek. Cinta nenek hanya di situ walau pelbagai tohmahan terpaksa nenek telan satu-persatu.

Dulu masa kudrat atuk masih kuat, aku gemar menghabiskan masa bersama mereka. Petang-petang pun aku sanggup naik Bas Kopenda bewarna hijau putih yang asabnya tebal hitam melekat. Dan atuk setia menanti di hujung simpang bersama Yamaha buruknya. Malu? Persetankan sahaja mata-mata yang memandang kerana aku gemar begitu. Sesekali ku rasa gigilan motor Yamaha atuk. Mungkin atuk sudah tak berapa kuat mahu membawa aku cucunya yang tidak betah duduk diam di atas motor.

Rutin di rumah atuk bermula dengan ngauman enjin Yamaha atuk. Pagi-pagi atuk akan keluar ke kedai Wak Salam untuk membeli ayam dan juga sayur. Kadang-kadang atuk beli jering dan petai untuk dibuat ulam. Sebelum balik, atuk singgah di sebelah kedai Wak Salam untuk beli roti canai berkuahkan kari. Walau kadang-kadang di rumah telah tersedia jemput-jemput bilis atau nasi goreng, atuk tetap dengan rutinnya. Cucu yang bertandang tetap dijamu dengan roti canai ataupun kuih-muih.

Lepas sarapan aku macam biasa menuju ke depan tv menonton kartun. Atuk pula tekun di mesin jahit menjahit seluar atau baju yang koyak. Kadang-kadang, sambil nenek menjahit perca untuk dijadikan alas kaki, atuk tenang duduk di kerusi membantu nenek. Memotong kain-kain perca menjadi bentuk bulat, dan disusun pula mengikut warna. Hasilnya sungguh ajaib, dari kain perca yang dibuang orang, nenek jahit menjadi alas kaki yang cantik. Banyak juga nenek dan atuk dapat tempahan dari jiran-jiran. Tak terkecuali mak pun turut mendapatkan kain alas kaki buatan atuk dan nenek. Cantik katanya.  

Menjelang tengahari, atuk dan nenek mula masuk dapur. Nenek persiapkan segala bahan untuk memasak, dan atuk menyempurnakan tugasan dengan hidangan kari ayam yang sedapnya tak terkata. Aku? Aku hanya tolong mengupas kulit-kulit jering dan petai saja. Walaupun aku tak makan ulam-ulaman, tapi aku suka membantu nenek mengupasnya. Kadang-kadang saja aku bertanya pada nenek macam mana cara nk kupas, sedangkan dah beribu kali nenek ajarkan. Alah, saja nak manja-manja. Berbalik pada kari atuk yang sedap tadi, atuk memang pandai masak, maklumlah bekas tukang masak di istana. Kalau ada kerja kahwin di rumah saudara-mara, atuk masih kuatkan tenaga membantu menyediakan hidangan. Masak sudah sebati dengan jiwa atuk barangkali. Dari aku kecil, aku sangat gemarkan panorama ini. Bagi aku walau tiada sepatah bicara romantik yang keluar dari mulut keduanya, namun habit mereka yang gemar masuk dapur bersama-sama telah menzahirkan segalanya. Cinta tanpa mengenal usia.


Kala petang, sedang aku enak melayan mata dalam bilik pakcik, terdengar dentingan sudu berlaga dalam kole. Perlahan-lahan ku jengah ke arah dapur, ternampak atuk sedang membancuh teh tarik kegemarannya. Atuk memang tak banyak karenah, tak pernah menyusahkan nenek untuk menyediakan hidangan minuman kegemarannya. Samada atuk menikmati teh tarik di meja makan, takpun atuk duduk dibangku plastik di depan tv. Lagi satu tempat duduk kegemaran atuk adalah di tingkap kecil dalam bilik atuk. Atuk leka duduk di situ menikmati angin petang dan memerhati angsa jiran sebelah berkelahi. 

Suatu hari kami menerima panggilan mengatakan atuk diserang angin ahmar ketika sedang menunggang Yamaha  menuju ke kebun getah. Habis separuh badan atuk tidak mampu berfungsi lagi. Mujur ada Mak Usu yang lekas-lekas membawa atuk untuk berubat kampung. Akhirnya, walaupun atuk telah sembuh dari angin ahmar, namun kudrat atuk tidak sekuat dulu. Atuk kini tidak lagi boleh membawa aku berjalan-jalan menaiki Yamaha buruknya. Dan nenek masih setia di sisi atuk. Menemani atuk berborak tentang apa saja, walau bicara atuk kian sukar difahami.

Masa berganti, dan kudrat atuk seakan berkurang dari hari ke hari. Kalau nak berjalan waima ke bilik air sekalipun, atuk terpaksa memapah-mapah kerusi dan dinding. Kadang-kadang nenek yang pimpin atuk ke bilik air. Walaupun kadang-kadang Mak Long yang datang bertandang sering mengatakan nenek lambat buat kerja, ataupun Mak Usu berbisik-bisik memperkatakan perihal nenek yang tidak berkenan di mata mereka, namun nenek masih begitu. Senyum dan tawa nenek mengsirnakan duka di hatinya. 

Aku pun pelik, kenapa makcik-makcik selalu mengata nenek itu nenek ini. Kerna pada pandangan mata aku, nenek dan atuk begitu sempurna bersama. Mungkin sudah lumrah ibu tiri, walau baik macam mana sekalipun masih lagi tidak disukai. Ah pedulikan mereka kerana kami satu keluarga sangat menyenangi kehadiran nenek dalam kehidupan atuk.

Nenek insan istimewa. Masa Mak Usu satu keluarga duduk bersama di rumah atuk, segala lauk pauk nenek akan asingkan dalam bekas-bekas kecil. Setiap kali anak-anak Mak Usu pulang dari sekolah, nenek akan bahagikan bekas-bekas kecil itu kepada sepupu-sepupuku. Tindakan nenek itu adalah semata-mata supaya semua cucu-cucunya merasa lauk pada hari itu. Maklumlah kalau sudah lapar, lauk yang banyak pun nampak macam sikit. Jadi untuk mengelakkan cucu-cucunya kelaparan, jadilah nenek seorang nenek yang begitu aku kagumi kerana kesungguhannya. Nenek juga sangat cintakan kucing. Kalau goreng ikan, nenek akan asingkan isi ikan untuk kucing-kucingnya, dan nenek sendiri hanya meratah isi ikan yang terlekat di tulang ikan tersebut sahaja. Ouh nenek!! Nenek memang sangat baik hati.

Ketika atuk makin lemah dan banyak menghabiskan masa di atas katil sahaja, nenek masih setia disamping atuk. Segala keperluan atuk nenek sediakan. Dari mandikan atuk, bawa atuk pergi buang air, dan kadang-kadang pula nenek papah atuk berjalan perlahan-lahan untuk duduk di spot kegemaran atuk. Ya, di tingkap kecil itulah. Suatu ketika atuk semakin kerap buang air kecil, namun nenek x pernah merungut walau terpaksa bangun duduk banyak kali semata-mata nak bawa atuk ke tandas, kerana atuk tak mahu memakai lampin pakai buang. Begitu tabahnya nenek.

Suatu hari atuk minta karipap. Kakak buatkan karipap untuk atuk. Dan kami lihat malam itu atuk yang selama ini semakin hilang selera makan, mampu menghabiskan karipap yang kakak hidangkan untuknya. Sempat lagi atuk bergurau mengatakan karipap yang kakak buat, kalau makan sebiji pun sudah kenyang sebab saiznya yang besar. Bahagianya hati kami melihat atuk gembira malam itu.

Tanggal 14 Februari 2005, tanggal yang meragut kasih sayang nenek dari atuk. Atuk ditakdirkan pergi buat selamanya. Atuk pergi dalam keheningan pagi. Walau nenek tidak menyatakannya, namun aku percaya nenek merasa amat kehilangan. Sabarlah duhai nenek, kami di sini setia bersama nenek.

Masa nenek setelah pemergian atuk banyak dihabiskan bersama cucu-cucunya. Kadang-kadang ayah ambil nenek dan bawa tinggal dengan kami buat sementara. Kadang-kadang nenek bertandang pula ke rumah Mak Idah atau Mak Iju, anak-anak nenek. Pakcik pun selalu ada temankan nenek. Pernah ayah atau mak suarakan hasrat untuk bawa nenek tinggal bersama kami. Kami adik-beradik memang dah bersetuju dan gembira sangat kalau nenek nak tinggal bersama kami. Kami tahu nenek sunyi, selama ni hidup nenek disamping atuk. Kini nenek melayari hari-harinya sendiri. Tapi nenek keberatan, mungkin nenek sayang mahu meninggalkan rumah yang merakam berjuta memori indah nenek bersama atuk. Kuatnya cinta nenek.

Suatu hari nenek masuk hospital, itupun Napi anak Mak Usu bagitahu melalui sms ketika aku bekerja sementara dikilang. Yang buat kami terkilan, hampir seminggu nenek di hospital, baru hari itu mereka ada kesempatan nak maklumkan pada kami?? Hmm.. kebetulan ketika itu, kami satu keluarga sedang sibuk kerana isteri Abang Long sedang nak melahirkan. Jadi sudah alang-alang berada di hospital, kami sempat melawat nenek. Masih terbayang wajah kegembiraan nenek setelah melihat kami datang. “patutlah, mak tertanya-tanya jugak kenapa dah seminggu mak kat sini Unos (ayah) dan Ani (mak) tak datang jenguk. Rupanya Ana (Mak Usu) lupa nak beritahu yer” sayu suara nenek di pendengaran aku walau di bibir nenek masih tak lekang dengan senyuman.

Keluar dari hospital, nenek duduk bersama Mak Idah. Suatu petang nenek beriya-iya mahu pulang ke rumah atuk. Abang Sarman suami Mak Idah pun hantar nenek pulang ke rumah kerana sudah tiada daya untuk menghalang kemahuan nenek. Malam itu, nenek minta pakcik buatkan nenek jemput-jemput. Nenek cakap kalau dah siap masak, kejutkan nenek sebab nenek nak tidur sekejap. Puas pakcik kejut-kejut nenek, tapi hanya dengkuran yang kedengaran. Nenek penat barangkali, fikir pakcik.

Pagi itu, jiran sebelah rumah datang kejutkan nenek, sebab biasanya pagi-pagi pintu stor yang bersambung dengan bilik nenek tu dah terbuka. Tapi suasana sunyi dari biasa. Pakcik yang baru nak pergi kerja jengah ke dalam bilik nenek. Nampak nenek masih baring mengiring, dan di tepi katil, kucing-kucing nenek setia menanti nenek.

15hb Mac 2006, setahun sebulan sehari lepas pemergian atuk, nenek pula menyusul. Kalau sebelum pemergian atuk, asma nenek tidaklah seteruk mana, namun selepas atuk pergi nenek makin kerap diserang asma. Nenek sunyi barangkali. Tiada lagi teman berbual sebaik atuk untuk nenek. Saat melihat wajah akhir nenek, aku semakin percaya, kesunyian yang menggamit nenek pergi. Sebelum nenek pergi, nenek sempat menyusun semua kain batik nenek yang elok dan masih baru ke dalam plastik merah. Kad pengenalan pun nenek simpan di tempat yang senang orang nak cari. Nenek selah-olah tahu masanya sudah semakin hampir. Allahhuakbar

Setelah pemergian atuk dan nenek, aku semakin jarang pulang ke rumah pusaka itu. Boleh di kira dengan jari berapa kali aku menjejakkan kaki ke sana. Bukan aku ingin melupakan, namun hatiku tidak betah lagi di sana. Demi melihat katil usang atuk dan nenek kosong, hatiku sebak dan sayu. Ya aku rindukan mereka. Aku rindukan ketupat besar atuk, aku rindukan melihat nenek berdandan. Cara nenek pakai tudung lain dari orang, nenek akan lipat bahagian hadapan tudung menghala ke belakang sehingga menampakkan skaf hitam berliku nenek, dan nenek akan pinkan dengan pin berwarna senada dengan tudung. Pemerah pipi nenek yang berbau wangi itupun sering menggamit rinduku kepada nenek. Ingin sahaja aku lukiskan semuanya tentang nenek agar aku kan sentiasa dapat mengenangnya.

Nenek yang istimewa, yang selalu ingin membuatkan cucu-cucunya gembira disamping beliau. Pernah suatu hari di hari raya, nenek menghulurkan kepadaku dua keping syiling emas. Pemberian yang tidak seberapa kata nenek, namun sangat amat bermakna buatku.

Cinta nenek pada atuk membuat nenek masih kekal di situ walau beribu halangan yang menimpa. Terkebil-kebil mata bundar nenek saat selepas pemergian atuk, nenek mendengar bicara lantang dari Pak Andak, Mak Long dan juga Mak Usu yang menafikan hak nenek sebagai isteri atuk. Hanya ayah yang setia disisi nenek mempertahankan nenek. Namun nenek tetap nenek, walau caci maki yang nenek terima, senyum nenek masih sama. Bijak nenek menyembunyikan gundah dan nanar perasaannya. 

April tahun lepas, pakcik pula menyusul pergi. Pakcik juga seperti nenek, tidak pernah walau sekali mempamerkan rasa hatinya. Beg duit pakcik kosong, malah sudah beberapa hari pakcik tak pergi kerja kerana tak sihat. Tapi tak sedikitpun berita kesusahan pakcik sampai ke pendengaran kami. Hmm…

Atuk, nenek dan pakcik..
Tenanglah kalian di sana. Hanya kiriman doa buat penyambung kasih yang terputus sementara. Al-fatihah.


                                                                                                                                                               
                                                                                                                                                                Nukilan
                                                                                                                                                                               
                                                                                                                                Dari seorang cucu dan anak saudara
                                                                                      16/mac/2012

Thursday, March 8, 2012

please remind me



tolong ingatkan saya.. saat nanti telah tiba rezeki saya untuk menimang cahaya mata, ingatkanlah saya tentang impian saya yg satu ini..
saat kehamilan saya berusia tujuh bulan, saya sangat2 teringin nak buat ADAT MELENGGANG PERUT mengikut sebenar2 adat..
walaupun x kesemua upacara di dalam adat tersebut dapat saya buat, memadailah saya berbuat sebahagian daripadanya yang tidak bercanggah dengan ajaran islam..
ingatkan saya yer..

semoga Allah kurniakan rezeki buat kami untuk menimang cahaya mata.. semoga Allah membuka rezeki buat kami dan permudahkan segala urusan kami agar kami dapat melaksanakan impian yang satu ini.. amin..
insyaallah

Thursday, February 23, 2012

tak jujur??

Dekat luar tue riuh, tapi jiwa terasa sepi..

Dekat luar tue kan, raaamaaaaaaiiiiiii yang mendampingi, tapi tetap berasa sunyi..

Kenapa agaknya ek??

Kini aku menjadi terlalu terlalu terlalu x jujur dengan diri sendiri..

Kalau dulu belog lah tempat aku mencurah rasa, kini x lagi...

Terlalu banyak luahan yg aku simpan dalam hati.hingga di hatiku telah kekurangan ruang untuk menampung memori..


~ada sapa2 sudi nk bagi pinjam hati x?? Kita nk tumpang simpan harta karun yg ada dalam hati ni lah~


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 22, 2012

ehem


semua yg bertudung hitam adalah hasil contengan saya


solekan tunang adik ipar




TERINGIN!!!
teringin nak belajar teknik solekan dgn lebih mendalam..

TERINGIN!!!
nak ada testimoni yg sudi merelakan wajahnya diconteng oleh saya..

ada sape2 minat x??
pm sy kat fb eh..
=)
(ini siriyez tahu)

Thursday, February 16, 2012

sesi melayan perasaan

Harini hari khamis ~ x sabar nk esok.. wuwuwuwu.. since cuti untuk hari sabetu telah diapprove oleh encix bos, since encix rumet ade kerja dan sy kena stay diplomatik smpai jam 6pm, makanya, kaki dilangkahkan menuju tutti frutti..

Apelagi kalau x melayan tf tart my fav flavour.. x manis n masam2 gitu.. apebila dimakan dgn bubble yg akan pecah meletus n mengeluarkn bunyik tussss gitu.. ditambah pula dgn choco flavour yg ade kecap2 pahit tue dan yg penting x manis.. oke trademark ptg ini adalah "x manis" wuwuwuuwuww


Emm kepala hotak pulak sebenarnye tngh melayang kt kg.. trase rndu sgt2 kat kg.. (tibe2 sayu)


~xpelakalauawakxappreciateapeygdiawat,sydoasatuharinantiawaksedardiabaikdandiasayangawak~


Okebye!!!


(Td berniat nk update entry pnjng2 dn berunsur kegembiraan, tp tibe2 touching)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 15, 2012

i'm homesick!!

Sy rindu rumah sy.. sy rindu bau yg ade kat uma sy.. sy rindu org2 yg ade kat uma sy.. emm lagik sy rindu ape yer?? Sy rindu semualah yg ade kat rumah sy tue, semut2, cicak2, burung2.. wuwuwuwuw


Lagik2 bile smlm dpat panggilan hangit dr si kemetot zaquan tue.. wuwuwuuwuww.. lagik lah rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuu


Cepatlah sabetu!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 13, 2012

hari pertama

Godeh2 pc office, then terjumpa quote yg sgt2 ohsem.. cayalah!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 12, 2012

antara yg suka dan yg perlu

Skang ni sdg berada di roof cafe bukit bintang (sory kalau salah name restoren), berehat dan makan setelah puas berseronok ronok melihat manusia bergendang, menyanyi dan menari di bukit bintang..


Mmg sgt2 enjoy melihat manusia bergembira dlm landasan yg betul.. berkongsi kesenian dgn pelancong dari negara luar.. ouh malaysia is a great country!!


Mate yg mulanya mengantuk jadik segar bugar, langsung x terasa penat even kena berdiri lebih dua jam.. emm nape gaknye yer??


Emm ahhaa.. akhirnye sy mengerti.. jiwa sy terbuai, kerana ini mmg jiwa sy.. sy berada di lapangan sy sndiri.. dan kerana itu sy sgt bergembira...


Antara yg kita suka dan yg kita perlu.. ehem.. majoriti dari kita memilih melakukan yg kita perlu dr yg kita suka.. kenapa yer??


Tiada pilihan atau peluang yg tiada... mungkin!!


Dlm hidup ni hanya beberapa kali sy berpeluang melakukan apa yg sy betul2 suka.. ketika di teknik dan yg terakhir kali di jakarta mac tahun lalu.. dan sy benar2 bahagia..


Semoga tuhan memberi peluang dan jalan buat sy, melakukan apa kesukaan sy.. amin Ya Allah


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 11, 2012

rumah itu perkara membosankan?? ye ke??

Bosan ke duduk rumah?? Emm bagi sy tidak!! Sy sayang rumah sy.. bagi saya rumah itu menyamankan, memberi perlindungan, penuh kebahagiaan dan memberi keselesaan kpd penghuni di dalamnye.. sejak berkahwin dan tinggal di rumah sendiri, x pernah sekalipun sy bosan di rumah.. banyak je bnda sy boleh buat di rumah.. memasak, membasuh, mengemas, mengemop, menonton tv dan muvie, mengupdate blog, memfacebook, meniaga online dan mcm2 "MEm" lagi yg sy boleh buat kat uma..

Tapi kenapa ada yg cakap sy bosan di rumah??

@.@


~mulai minggu depan, isnin 13hb feb, sy da xkn bersama dgn rumah kesayangan sy lagi ~ berfikir positif, dan segala luahan pendamlah dlm hati ~ everything will be fine, insyaallah~


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 10, 2012

testing testing..

Arini pegi MARKET.. bukan mini market or super market yer.. tp market yg berada di dlm hp.. lantas try download blogger.droid..

Setelah berhasil maka dgn jakun dan bataknye terus update blog melalui chachacha..

Setelah itu tersenyum puas.. balik uma nk check hasil.. kalau mmg entry ni bejaye di update melalui hp, maka ari2 yg mendatang boleh selalu menggunakannye agar blog tidak lagi dipenuhi sawang.. wuwuwuww


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 5, 2012

hati

hati saya terasa sayu.. terasa kosong.. saya memandang ke depan, tajam2, dalam2.. tp hakikatnya saya tak melihat apa2.. hanya gelap, tanpa sedikit pun cahaya..

hati saya terasa rindu.. terasa mahukan sesuatu.. puas saya fikir, puas saya cari,, namun yang dirindu masih tak ketemu...

hati saya terasa ingin meluah sesuatu.. puas saya cuba melontarkan luahan, namun yang keluar hanya kebisuan.. saya tak mampu..

saya pandang kamu.. saya sentuh wajah kamu.. saya peluk kamu kuat2.. saya nampak kamu dekat.. tapi saya terasa kita berjauhan.. kenapa?



Sunday, January 22, 2012

dilema Sang Graduan

assalammualaikum dan selamat hari raya buat mereka2 yg berbangsa cina.. permulaan niat semasa membuka lappy adalah mahu update ttg perkahwinan yg baru brlangsung di akhir bulan yg lalu, namun niat asal terpaksa dipesongkan oleh sebab tahap kelembapan internet untuk mengupload gambar.. makanya, setelah niat terpesong secara tidak berapa sengaja, jadi lah entry ini yg diberi tajuk :: dilema Sang Graduan ::

jgn salah sangka dgn tajuk kerana penulis iaitu aku (saja arini nak guna kata ganti nama PENULIS, agar entry yg ditaip kelihatan lebih serius lagi) tidak berniat mahu mengarang cerpen,, cuma hanya ingin berkongsi ttg sesuatu, perkara sebenar yg penulis alami, malah mungkin kebanyakan graduan lain juga alami..

GRADUAN!! bunyinya seperti gah dan membanggakan.. mana tidaknya usaha yg dituai selama bertahun2 berakhir dgn segulung penghargaan berupa DIPLOMA, IJAZAH, MASTER, ataupun PHD.. ibu-ibu dan bapa-bapa tersenyum sampai ke telinga saat melihat putera puterinya memakai jubah dan bertopi petak.. lagi lah kalau dlm kelompok tempat tinggal itu, hanya seorang dua yg berjaya sampai ke tahap pendidikan tinggi.. lagi la lebar kembang hidung mereka..

namun kejayaan yg dicanang, yg dibanggakan, kdg kala x bertahan lama.. situasi ni biasa sgt la terjadi andai lepas beberapa bulan tamat pengajian, para graduan yg dibangga2kan masih x memperoleh pekerjaan setimpal dgn taraf pendidikan mereka.. dah tue mula lah, yg mak siti bercakap begini, mak enon bercakap begitu membuat para ibu-ibu bapa-bapa yg kembang hidungnya tadi x senang duduk.. maklum lah anak yg dibangga2kan menjadi buah mulut org..

nampak mcm stress kn??
-
-
-
-
-

tapi tahukah anda2, wahai ibu-ibu bapa-bapa yg dikasihi yg dicintai,, wahai mak enon dan mak siti sekalian, dilema yg dihadapi oleh para graduan adik2 abang2 kakak2 kita ni??

intronya nampak terlalu panjang dan dramatik kn?? maklum lah lama x update blog,, so mesti dramatik sket kan.. oke abaikan penulis!!

sebenarnye bukan graduan xnk mencari kerja..

tapi kalau ::

(1) semua iklan yg diiklankan kat internet tue, mohon lah berbanyak kali mohon pon, payah sgt nk dapat.. rasanye da beratus emel kita hantar ke agensi2 yg menawarkan pekerjaan,, tp belom jugak lagi menampakkan hasil.. oke xpe,, mungkin belum ada rezeki!!!

(2) borang spa, rasanya da berbanyak kali update, buat permohonan baru, update lagi permohonan, dapat interview hepi x terkata, tapi lepas interview senyap sunyi tanpe berita.. betapa payahnya lah hai nk tembus masuk ke kerja kerajaan ni kan.. oke xpe.. mungkin rezeki belum memihak kat kita agaknya.. cuba lagi!!!

(3) kerja gomen payah sgt nk dapat, nk try lah keje swasta plakkan.. try lah apply.. sekali tue dapat, tapi ni pengalaman kawan penulis sendiri,, gaji yg diberi x sama mcm apa yg ditawarkan mase pegi interview.. xde pengalaman katanya.. tahan lah si kawan penulis ni kerja untuk beberapa bulan kumpul pengalaman, belajar macam2 sb nak buktikan dia boleh buat kerja setanding dgn senior.. bila si kawan ni da boleh buat kerja, semua org harap kat dia, si kawan ni cuba bawa berbincang minta diberikan barang sedikit elaun yg mmg layak dia dapat seperti yg dijanjikan awal2 bismillah lagi.. tp pihak atasan buat endah x endah.. maka kecewa lah si kawan tadi.. kerana gelaran "fresh graduate" makanya kebolehan yg si kawan ni ada,, di manipulate sesuka hati..

(4) lagi satu pasal course yg kita ambil kat U.. dulu masa form 6, mase matrix, jumpa kaunselor mintak pandangan, oke ke x course yg kita dapat kat U ni.. mcm mane dgn prospek kerjaya,, oke ke x.. laku ke x kita nih nnt kat bidang pekerjaan.. eh si kaunselor pon memberikan hujah, jgn risau pasal course yg awk dapat,, yg penting masuk U dulu.. nnt once da ada kelulusan awk boleh demand gaji etc.. bukanlah nk salahkan kaunselor,, tp bagi kami2 ni yg masuk U atas tiket "sb dapat offer" and x kira lah course ape pon ni,, payah jugak nk menyelit2 ruang dan peluang untuk buatkan majikan ambil kita bekerja.. lagi2 lah kalau pekerjaan yg kita nk cuba tue jauh menyimpang dari course yg kite ambil dulu... masa interview jek bila pandang apa course yg kita ambil, siap ckp, eh ade eh course ni?? course apa nih ek?? you study ape jek ek?? omg lah sgt kan.. 
- then kalau nak kerja yg betul2 dlm course kite plak,, yg ramai semuanya da tahap veteran2.. dah mmg tahap patut ada skuad pelapis untuk ganti tempat depa nih.. eh tapi depa ni x mahu mengalah.. alang2 org nk guna khidmat aku, guna selagi boleh.. itu kata depa.. tp yg merananye siapa?? kami nih lah.. para graduan yg segar bugar dari ladang.. x diberi ruang dan peluang untuk menggalas tanggungjawap dgn alasan kami ni fresh lagi.. apa pun x tahu..

(5) pernah sekali cuba berkhidmat untuk company yg namanya mmg gah,, semua org tahu pasal company nih.. depa ni dok rekrut fresh2 graduate lah.. di umpannye dgn gaji yg lumayan.. aummm!!! siapa yg x nak kan cik enon?? try lah budak2 segar dari ladang nih bekerja.. ye,, mmg gaji awak bagi tue besar.. tapi awak perah keringat kami nih lagi besar dr ape yg awk bagi.. "eh x kan itu pon nk memilih, bukan senang nk senang tahu??" itu la hujah mereka2 yg x paham situasi kami.. yess!! cik enon, cik siti,, kami tahu bukan senang nak senang.. kalau nak senang kami kena berpayah2 dulu.. tapi kalau kerja bermati-matian,, smpai nk solat pon kne kejar2, nak kencing pon kena lari2, ari2 kena maki,, ya Allah kerja apa tue namanya.. 

(6) kalau yg rumahnya jauh dari tempat kerja,, kalau nk pergi kerja kena naik kenderaan awam.. kalau perkhidmatan kenderaan awam tip top tahap kelas pertama tahan lah lagi cik jah oiii... nih dgn kena bersesak2,, ari2 kena bergaduh berebut2 nak naik,, kalau terlepas satu, jawapnya lagi dua jam lah baru sampai yg lagi satu.. eh memang mcm tue lah hidup kat kota besar.. kalau x tahan, pindah sajalah,, xpun beli kereta.. habis cerita.. kalau ckp saja mmg senang nak habiskan cerita cik timah,, tp setiap org ada kesusahan sendiri.. kdg2 terpaksa memilih pekerjaan jugak untuk kesenangan urusan lainnya.. maklum jek lah ada jugak graduan yg da berkahwin,, jadik fikiran tue x bolehlah lepas untuk diri sendiri jek.. kena lah fikir suami, isteri dan keluarga ye x??

hmmmmmmm

mungkin terlalu mudah org nak lemparkan kata2 pandangan pendapat sehingga x sedar suaranya itu telah menghiris luka jiwa manusia lain.. tapi fahamilah.. kita yg berkata2 ini mmg senang,, semua nampak mudah.. kalau nk tahu mudah ke payah,, letak lah diri kita di tempat org tue.. barulah kita merasa..

sekian!!!!

****pesanan penulis :: entry ni x de kaitan dgn cik enon, mak siti, cik jah mahupun cik timah yg berada di muka bumi ini.. nama2 ini hanya ilusi penulis semata2.. sekian
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers