Tuesday, April 24, 2012

cara mudah tangani HISTERIA


pernah tak anda mendengar tentang kejadian HISTERIA yg sering terjadi biasanya dlm kalangan pelajar (terutamanya di asrama)? teringat dulu masa duduk asrama, pernah juga berdepan dengan kejadian HISTERIA ni.
mitos HISTERIA terjadi biasanya pada tahun ganjil, dan dekat dgn waktu peperiksaan, tetapi tidak diketahui sejauh mana kebenarannya.
di sini aku nak kongsi sikit cara mudah dan berkesan tangani HISTERIA.. cara ni aku dapat dari seorang ustaz masa tengok rancagan MHI pagi tadi.. sebelum tue nak kongsi sikit persamaan punca-punca HISTERIA dari sudut psikologi dan juga islam :-

---> HISTERIA biasanya terjadi apabila seseorang itu berada dlm keadaan terlalu SEDIH, KECEWA, RESAH, NAFSU SEKSUAL yg terlalu tinggi dn sebagainya.

Cara Mengatasi HISTERIA :-

----> genggam tangan kanan anda, dan baca lafaz BISMILLAH
----> masih menggenggam tangan kanan anda, baca BISMILLAH HI MASYA ALLAH (baca 3kali)
----> tiup di genggaman tangan kanan anda tadi
----> tepukkan tangan kanan anda ke bahagian belakang mangsa (dibahagian antara dua tulang belikat)
----> minta mangsa mengucap, jika mangsa mampu mengucap dgn betul, maknanya mangsa sudah pulih dr gangguan jin..

mudah bukan??

lepas nih, x perlu lagi picit ibujari mangsa menggunakan lada hitam, tepuk atau pukul mangsa di bahagian tidak sepatutnya kerana JIN hanya akan masuk ke dalam badan manusia melalui bahagian belakang badan (di antara dua tulang belikat)

harap cara ini memberi manfaat kepada guru2 yg sering berhadapan dgn pelajar yg HISTERIA ataupun rakan2 yg ingin membantu mereka yg terkena HISTERIA.. terimakasih



Monday, April 16, 2012

:: petua kempiskan perut saya dan anda ::

siapa kat sini yg ada masalah perut buncit ?? jangan malu jangan segan kerana saya juga seperti anda.. teeheee... oke macam biasa aku memang rajin google kalau aku nak tahu ttg sesuatu perkara.. 
so tadi jalan2 kat internet dan terjumpa petua camne nk kepiskan perut yg menonjol ke depan.. 

terima kasih kat petua sejagat untuk petua yg sgt mudah untuk diamalkan ini.. semoga lepas nih kita same2 rajen untuk amalkan petua nih yer kawan2..

PETUA KEMPISKAN PERUT

1. mula2 bancuh segelas air teh TANPA GULA
2. kemudian perahkan limau nipis ke dalam air teh tersebut.
3. amalkan minum setiap hari sehingga perut yg menonjol kembali kempis..

mudahkan???

oke, bagi ibu-ibu selepas bersalin pula, anda tentu risau perut anda akan berubah selepas melahirkan bukan??
jangan risau lagi kerana petua sejagat ada kongsikan petua yg boleh para ibu sekalian alam amalkan untuk hilangkan kebuncitan perut anda..

CARANYA

1. sediakan bahan-bahan seperti kapur sirih (kapur makan), minyak kayu putih dan juga perahan limau nipis.
2. gaulkan ketiga-tiga bahan hingga rata.
3. sapukan kesemua bahan tadi ke perut dan pinggang ibu bersalin sehingga rata.
4. setelah bahan-bahan tadi kering, ikat bahagian perut dan pinggang dengan rapi menggunakan lampin bayi.. guna barut pon boleh.. 
5. amalkan petua ini setiap pagi dan petang selama 40hari berturut-turut, insyaallah anda akan mendapat hasilnya..

**walaupun aku sendiri tak cuba lagi petua-petua nih, tapi ilmu yg baik kan lebih elok untuk dikongsikan.. 
**insyaallah, mulai harini, aku akan amalkan petua yg pertama.. nnt kalau da ade beby, bolehlah amalkan petua yg kedua pulak.. anda pula bagaimana??

Thursday, April 12, 2012

birthday eve

Sedang menanti detik anjakan ke usia 24 tahun..

Tarik nafas, dn pasang hajat dlm hati :-

:: semoga Allah kurniakan sy kekuatan ketabahan dn rezeki yg luas, agar sy boleh berbakti kpd suami, ibubapa dn keluarga..

:: semoga Allah memberi peluang dn kesempatan buat rahim sy diisi dgn zuriat yg sihat tubuh badan, sempurna fizikalnya serta cerdas akal fikirannya agar zuriat itu nnt mampu berbakti kpd kedua ibubapanya, masyarakat, agama, bangsa dn negara.. amin

:: semoga sy mampu menjadikan rumahtangga sy aman, makmur dn bahagia sehingga membawa ke syurga.. amin insyaallah...


- eh eh td cakap pasang hajat dlm hati, tup2 dah dikongsi dlm blog pula - okebye


Published with Blogger-droid v2.0.4

quick entry before tomorrow

:: happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday happy birthday, happy birthday to me :: cepat2 ramai2 nyanyikan lagu happy birthday for me =.=
since tomorrow is my birthday, i'm wondering what i will get on that day.. hahaa tak malu, mengharap lagi hadiah birthday sedangkan diri itu sudah tua pfftttt
emm actually aku tak expect pape pon for my birthday.. mcm tahun lepas, encix rumet (ketika itu masih bergelar tunangan) belikan hadiah yang diberi lebih awal dr hari kejadian dan masa hari kejadian, aku ikut dia pergi bekerja sambil makan KFC.. aww so sweettttttt

cincin lamaran @ risikan x rasmi =)
untuk tahun nih, aku teringin nak bake something for my birthday.. samada cupcakes, or cake ice-cream.. tapi memandangkan kelengkapan membaking yg tidak berapa nk lengkap membuatkan aku berfikir seploh kali semula ttg rancangan aku sebentar tadi.. 

 so siapa2 yg berhajat nk wish birthday kat aku sapa2 yg sambut birthday, kat sini aku nk share sikit ucapan menyentuh kalbu yg boleh kita praktikkan agar ucapan tersebut lebih mennggalkan kesan..


berikut adalah ucapan bermakna dalam bahasa omputeh Inggeris :-


:: Thinking of you with love on your birthday and wishing you everything that brings you happiness today and always.
::  To the world, you may be one person. But to me, you are the world.
::  It is not being in love that makes me happy but it is being in love with YOU that makes me happy.
:: Next to you is one of my favorite places to be. Happy Birthday
::  You get lots of greetings for your birthday but this one comes to you with all of my love.
::  It takes only a few seconds to say I love you but it will take me an entire lifetime to show you how much.

credit to bicara romantis for the awesome finding.. lovin it!!!!

biasa kalau ucapan dalam bahasa melayu, kite selalu dengar benda yang sama, selamat hari jadi, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki.. itu mmg typical birthday wishes yg berderet kita dapat dekat dinding mukabuku kita kan yuu ollsss...

but for me, semenjak umur tehal menginjak ke angka 20-an ni, aku mula tukar ucapan aku kpd sesuatu yg sedikit differ from others..

oke contoh :-
:: SELAMAT HARI LAHIR sayang, semoga Allah memberkati kamu sekeluarga, dan semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kamu dunia akhirat..amin
::   SELAMAT HARI LAHIR sayang, semoga rahmat Allah sentiasa melindungi kamu.. amin insyaallah..
:: SELAMAT HARI LAHIR sayang, semoga dipanjangkan umur kamu, semoga kamu beroleh kesihatan yg baik dan berterusan, semoga diperluaskan rezeki kamu dan semoga kejayaan hidup di dunia dn akhirat menjadi milikmu.. amin..


oke, nilah antara contoh ucapan dan doa yg boleh kita sampaikan kat kawan2 yg kita sayang.. tak semestinya panggilan sayang tue hanya untuk bf/gf/husben/wife saja tau.. untuk kawan2 yg selam ani banyak buat kite senyum happy dan ketawa pon boleh.. 


lagi satu nk kongsi sikit, kalau kita doa semoga orang tue akan dapat rezeki, jgnlah kita doakan "murah rezekinya" untuk org tue.. nnt rezeki yg nk masuk pun "murah" atau sikit.. kan lebih elok kita doakn diperluaskan rezeki baginya.. kan kan


emm okela.. got to go.. semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd anda.. terimakasih

Sunday, April 8, 2012

:: ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 25 ::

pada 8hb April berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian -25 (ABPBH -25) di Arena Of Stars Genting Haighland.. apa yg istimewanya ABPBH kali ini adalah sambutan JUBLI PERAK iaitu tempoh 25 kali penganjurannya sejak mula diperkenalkan Berita Harian pada 1987.

oke malas nak berceloteh panjang sebab aku bukan lah antara retiss yg hadir ke anugerah berprestij tersebut mahupun retiss yg tercalon sobs sob.. berikut aku sertakan keputusan penuh  Anugerah Bintang Popular Berita Harian -25 (ABPBH -25) enjoy yah :-

Artis Duo / Berkumpulan Popular
3 Suara :: Shila Hamzah, Ning Baizura, Jacklyn Victor

Artis Baru Wanita Popular
Tasha Shila

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail (FBI)

Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular
Zizan Razak

Artis Baru Lelaki Popular
Johan Arif Ashari

Pelakon TV Lelaki Popular
Fizz Fairuz

Penyampai Radio Wanita Popular
Farah Fauzana

Pengacara TV Wanita Popular
Farah Fauzana

Artis Komedi Lelaki Popular
MakJemah aka Johan

Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz

Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz

Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sanda

Pelakon Filem Wanita Popular
Maya Karin

Penyanyi Wanita Popular
Yuna yeayyyyyyyy!!!!




Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Datuk Shiela Majid

Anugerah Seri Perak
Datuk Siti Nurhaliza




dan terimalah
Anugerah Bintang Paling Popular
Aaron Aziz


Anugerah Bintang Popular Berita Harian -25 juga diserikan dengan persembahan mantap dari barisan pelakon OMBAK RINDU iaitu Aaron Aziz, Maya Karin dan juga Lisa Surihani, dan tidak lupa paduan vokal mantap dari Hafiz dan Adira untuk lagu tema OMBAK RINDU..

tapi yang paling2 paling aku puas hati adalah sebab aku dapat menatap wajah-wajah hemsem para ex-boypren sape lagi kalau bukan bang nuar jen (ANUAR ZAIN) dan jugak bang tam (TAM SPIDER).. <--- oke tipu!!!

papepon gandingan bang nuar jen bersama DAYANG NURFAIZAH memang tidak mengecewakan... iollsss mmg adore sgt doang nih *tiru gaya makjemah yg telah menang malam nih*
namun persembahan dari NAJWA LATIF dan BLACK agak kurang menyengat, bagi akulah.. BLACK dah sangat oke, nampak selesa di pentas, namun bagi pandangan aku banyak lagi yg perlu adik Najwa belajar untuk menjadik good singer and also perfomer.. apepon yuu goo gurl!!! *hakak bangga tau hadik dapat beli myvi cash lagi aww*

cuma aku agak sedikit tepanjat gugurl dengan penampilan tak berambut si AIZAT.. what happen to you lalinx AIZAT?? ouh ouh (taip sambil kedip2 mata ingin tahu) <---- oke itu tidak perlu!!

siaran menjadi semakin hangat dgn persembahan lagu ANGGAPANMU versi AZLAN and The Typewritter dan juga LAGU UNTUKMU versi ZIANA ZAIN.. mata yg da ngantuk tetibe jadik cerah serta-merta tngok persembahan diaorang...

seperti biasa juga Anugerah Bintang Popular Berita Harian -25 menyediakan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat yang dianugerahkan kepada Datuk Shiela Majid..

dan buat pertama kalinya Anugerah Bintang Popular Berita Harian -25 menyediakan Anugerah Seri Perak dimana calon-calonnya adalah penyandang Anugerah Bintang Paling Popular sepanjang 25 tahun ini dan keputusan adalah 100% dari undian pembaca... anugerah ini telah dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza.. Datuk Siti juga menyandang pemenang paling banyak bagi Anugerah Bintang Paling Popular selama 7 kali sebelum beliau membuat keputusan untuk mengundur diri daripada sebarang percalonan...
tahniah Datuk Siti...

berakhirlah sudah Anugerah Bintang Popular Berita Harian -25.. mari berangkat masuk tidur kerana esok adalah hari sekolah, eh silap!! esok adalah hari bekerja.. sobs sob





*ampunkan ketidaksusunan aturcara persembahan yg dilaporkan oleh penulis kerana penulis hanya menulis ikut apa yg dia suka.. hahaa boleeh cmtue??
*motip sangat si sendat nk berterimakasih kat CINTA HATI dia kennn.. can you give some respect to Nora Danish?
*jambunya AZHAR dari BINTANG IDOLA nyanyi lagu bang nuar jen KEABADIAN CINTA* aww
*comeynye si johan ashari bergelek.. kalah inul !!!! aww
kroih kroih kroih~~~~~~~~~~~

Tuesday, April 3, 2012








* terjumpa quote nih dekat fb seoang kawan *

~ jgn buat spekulasi kerna suami tetap di hati ~ =)

Monday, April 2, 2012

nota buat adik

assalammualaikum sayang..
sebenarnya saat tinta ini ditulis, kakak tidak tahu arah mana harus kakak layangkan warkah yg tidak seberapa.. kakak hnya menulis dari kacamata seorang kakak, yg sedang melihat adiknya di rundung duka.. mungkin adik tidak mengenali kakak, tidak mengapa sayang.. mungkin adik tidak menyedari coretan kakak ini buat adik, tidak mengapa kakak tidak akan berkecil hati. kakak mencoret sekadar ingin membantu, jika ada jiwa-jiwa yg sedang terluka, jika ada jiwa-jiwa yg sedang di uji singgah di blog kakak yg telah lama menyawang ini.. semoga tulisan kecil kakak ini sedikit sebanyak mampu meredakan kelukaan di hati adik..

wahai adik sayang,
apa yang boleh kakak kongsikan disini,, Allah itu Maha Kuasa, dan Dia mengetahui segala yang tersirat dan tersurat di sebalik perjalanan kehidupan seorang makhluk bernama manusia.. percayalah sayang, di sebalik kedukaan, pasti ada hikmah yang menanti.. cepat atau lambat, hikmah itu pastikan muncul juga.. 

adik yg sedang berduka,
berbaik sangkalah kepada Allah,, kerana ketika Allah mendatangkan ujian kepada hamba-Nya, Dia tahu ujian itu tidak kan melebihi tahap kemampuan hambanya.. dengan ujian dan dugaan yang diturunkan kepada kita mahkluk yang bernama manusia juga merupakan satu platform terbaik buat kita untuk mengangkat darjat kita disisi-Nya, dengan syarat kita sebagai hamba benar-benar redha dan ikhlas menerima ujian yang diturunkan kpd kita...  Insyaallah..


adik yg di rundung kesedihan,
kakak pernah melalui saat getir kehilangan orang yg disayang.. hilang lenyap terus hingga kakak tidak berpeluang berjumpanya lagi di mana-mana tempat di dunia ini.. malah, wujudnya blog ini juga dahulu, adalah kerana dia.. di blog ini kakak curahkan segalanya.. tentang gelodak perasaan kakak, tentang kerinduan kakak,, tentang kegundahan hati kakak..


wahai adik yang manis,
setahun lamanya kakak mengambil ruang dan masa untuk benar-benar redha dan terima ketentuan ilahi,, seikhlas hati kakak.. sungguh kerdil rasanya bila mengenang masa lalu yg banyak kakak abaikan semata-mata memenuhi tuntutan hati yang tak rela dgn perpisahan abadi ini.. sungguh tipis rasanya iman kakak waktu itu, yg tidak segera menerima ketentuan Allah seikhlas hati kakak.. astragfirullahallazim..

dan alhamdulillah,, tiga tahun telah pun berlalu.. kakak berjaya bangkit dari kesedihan masa lalu kakak,, alhamdulillah.. sehingga kini,, hubungan kakak dengan keluarga arwah juga sangat akrab,, alhamdulillah.... kakak kini mempunyai keluarga lain yg ikhlas menyayangi diri kakak selain keluarga kakak sendiri.. alhamdulillah... dan kini kakak juga telah menemui penutup bagi segala kedukaan yg pernah kakak lalui.. alhamdulillah Ya Allah.. kakak telah bertemu dgn imam kakak, dan insyaallah kakak juga berdoa agar Allah pertemukan adik dengan imam adik kelak..


wahai adik yg berduka,
mungkin pengalaman kakak tidak sehebat mana.. mungkin kelukaan kakak tidak sedalam kelukaan hati adik dan tidak sehebat pengalaman insan lain.. namun kakak bersyukur sayang,, kerana dengan pengalaman inilah yang banyak mengajar kakak.. kakak pernah merasai kehilangan,, kakak pernah melakukan kesilapan,, namun kuasa Tuhan memang tiada tandingan,, dan alhamdulillah,, sekarang kakak sedang meniti kebahagiaan.. Syukur Ya Allah..


duhai adik,
kakak memang tidak mengenali adik secara peribadi, namun kakak tetap mencoret atas dasar tanggungjawap dan kasih dr seorang kakak kpd adiknya.. biarlah, pengalaman kecil kakak ini mampu memberi jiwa kpd diri adik yg adik rasakan sedang mati sekarang.. biarlah, coretan kakak mampu menyiram ketenangan dlm hati adik yg terluka.. apa yg boleh kakak katakan,, semoga adik tabah menghadapi dugaan ini.. anggaplah dugaan ini sebagai ruang dan peluang buat adik memperbaiki kelemahan diri.. insyaallah,, suatu hari nanti,, ada hikmah pasti menanti.. 


adik yg sedang di duga,
menangislah sepuas hati adik hari ini, lepaskanlah segala kekecewaan dn kelukaan hati adik hari ini, agar esok, adik tidak akan meratapinya lagi.. janganlah adik mengulangi kekhilafan kakak yg lambat menerima ketentuan Ilahi.. perdekatkan diri adik dgn Sang Pencipta agar adik tidak merasa sepi sendiri.. percayalah, jika adik kekal begini, meratapi satu babak yg Tuhan telah tetapkan dlm episod perjalanan kehidupan adik, akan ada insan yg lebih terseksa.. saat adik merasa goyah dn putus asa, pandanglah wajah ibuayah adik agar adik lekas sedar, ada insan yg menyayangi adik dan insan itu pastikan kecewa andai adik terus begini.. lekaslah bangkit sayang, agar kekuatan adik harini menjadi sumber inspirasi buat beribu lagi hati yg berduka di luar sana.. andai adik kuat di sini, si dia yg jauh di sana pastikan tersenyum dan berbangga dgn kecekalan hati adik..


akhir kata buat adikku yg sedang berduka,
maafkan kakak andai coretan ini mengganggu mu sayang.. kakak menulis bukan hanya untuk adik, tp untuk kakak juga andai satu hari nanti kakak di uji lagi.. salam sayang buat semua hati yg sedang di duga...



















Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers