Tuesday, February 26, 2013

perjalanan kami bagi mendapatkan zuriat sendiri.. Insya Allah

hiii.. bertemu lagi kita di blog pemalas ini (setahun hanya up beberapa entry saja) sigh..
walaupun aku pemalas nak up entry baru, tapi hari ni aku nak berkongsi (maknanya hari ni adalah hari kerajinan buat aku)..
berkongsi tentang penantian aku dan suami untuk mendapatkan zuriat kami sendiri..
mungkin ada pembaca di luar sana yg senasib dengan kami, jadi marilah sama2 kita berkongsi..

untuk pengetahuan korang, kami suami isteri selamat dinikahkan pada 30 December 2011..
alhamdulillah dengan sekali lafaz, sahlah kami ni sebagai laki bini..
lalu bermulalah kehidupan dan pengharapan kami untuk menimang zuriat sendiri..
namun, langit x selalunya cerah.. 
penantian kami masih belum membuahkan hasil..

banyak dah yg kami usahakan..
berurut (suami isteri), sebut saja bidan mane, kami akan pergi, makan folic acid since sebelum nikah lagi (konon eksaited ikut saranan staff nurse kat KK mase buat ujian saringan HIV), berpantang makan walaupun ada sedikit2 mengelat huhuu (aku telah hampir terlupa bagaimana rasanya nenas, air gas, air tebu, air kelapa, jeruk2, asam2 dan blablabla), kira kitaran pms betul2 sb nak pastikan waktu subur, makan buah delima sampai sakit2 tekak sb tak pandai kopek kulitnye, minum Zureat by Atika Beauty dan macam2 lagi..
tapi nampaknya usaha kami masih belum membuahkan hasil..

- sebahagian dari usaha kami -

sampai satu tahap, aku rasa dah give up dan malas sgt2 nk fikir pasal anak lagi.. aku berhenti makan folic acid, aku tak ambil pusing pasal pms aku lagi, dan aku juga menghindar dari mereka2 yg berperut boyot.. huhuu
rasa jeles mmg sukar aku nak bendung.. demi melihat perut orang2 sekeliling aku yg memboyot, kat dlm hati terdetik rasa sedih sgt2.. demi melihat coment2 atau luahan dari suami di fb tentang keinginannye yg meluap2 nakkan zuriat sendiri, hati aku terasa mcm di sayat2.. 
serius, hanya mereka yg telah @ sedang melaluinya saja yg tahu bagaimana seksanya perasaan kami..
bagi aku, mmg mudah org melemparkan kata2 'alah baru lagi, baru setahun, honeymoon dulu' dan mcm2 lagi.. aku hargai pendapat kalian.. sgt2 hargai.. tp kalian tidak berada di tempat kami.. kalian tidak akan memahami bagaimana rasa rindunya untuk mendengar tangisan anak sendiri.. sobs sobs

aku selalu pelik, pms aku alhamdulillah takde masalah.. senggugut pulak bukanlah every month aku akan kena.. kdg2 2 ke 3 bulan sekali baru aku terasa period pain tue..
dr segi family pula, family sebelah suami, setakat ni semua adik beradik suami bunting pelamin..
family aku pula, dlm tempoh tak sampai setahun, semua telah membuahkan hasil di dalam perut.. aku je yg telah menginjak setahun lebih tapi masih belum ada tanda2 aku mengandung..
jika aku pernah keguguran walau sekali pun, aku puas.. sekurang2nya aku tahu yg aku boleh mengandung kan.. nak pergi check doktor pula, kami masih menunggu masa yg sesuai selain kami mencuba segala mcm method yg ada untuk membolehkan aku mengandung.. namun segala usaha kami masih belum dilorongkan Allah.. Allah tahu masa yg tepat untuk kami memiliki zuriat sendiri.. Insya Allah..

pada cuti CNY yg lalu, seorang rakan suami yg baik hati telah membawa kami pergi berubat kg di Felda Ayer Hitam.. dipendekkan cerita, ada sesuatu yg mengganggu kami.. wallahualam..
mmg sejak kami mendiami rumah sewa kami sekarang ini, banyak gangguan yg terjadi.. 
antaranya, suami pernah bermimpi binatang berbisa sehingga ibu jari beliau bengkak dan tersangatlah sakit, jiran bawah rumah pernah bertanya kenapa rumah kami kerap berbunyi bising sekitar jam 2 3 pagi, bunyi perabot dialihkan serta sudu diserakkan, aku pernah bermimpi bayi sebanyak 2 kali, kami sukar tidur kerana rasa panas sampaikan terpaksa pakai 2 kipas, 1 kipas syiling, dan 1 lagi kipas duduk, kami suami isteri kerap bergaduh (jujur, aku selalu berasa panas hati dgn suami sendiri, bila suami tiada aku rindu, bila suami ada rasa hati ni panas membara), aku semakin kuat makan dan perut aku membuncit dan tegang seakan wanita mengandung..
menurut org yang mengubatkan kami tue, ada sesuatu yg menumpang di dalam perutku.. dan aku juga pernah mengandung sebanyak 2 kali.. wallahualam

setakat ni, dah 3 ke 4 org kami bertanya, termasuk seorang imam, mereka menasihatkan kami agar berpindah rumah..
aku juga mengharapkan begitu..
tapi apapun, segala keputusan terletak di tangan suami.. bagi aku, tak kisahlah jika berpindah ke rumah yg lebih sempit sekalipun, aku tak kisah.. apa yg penting bagi aku, jika benar adanya gangguan yg kita tak nampak, biarlah gangguan itu lekas2 berakhir.. berilah kami peluang untuk menjalani kehidupan normal dn bebas dr semua ini.. insya Allah..

hah, pada korang kat luar tue, ade tak pengalaman mcm aku? jom lah kita berkongsi cerita, moga perkongsian kita ini akan membawa manfaat kpd kita juga kpd org lain.. Insya Allah.. sampai di sini dulu, salam..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers