Thursday, May 19, 2011

maya amira

Dada langit kelabu itu ditenungnya dalam-dalam. Cuba mencari cebisan warna pelangi di sebalik langit kelam tersebut. Namun makin ditenung makin jelas wajah itu kelihatan. Wajah mulus dengan pandangan mata yang berkaca-kaca. Seringkali juga wajah mulus itu mempamerkan riak wajah yang comel dan manja. Dan wajah itulah yang sekarang ini tanpa jemu mendera perasaannya saban hari. Maya Amira. Bibir hitam berkumis tipis itu menyebut sebaris nama yang telah menghuni hatinya sejak lebih 10 tahun yang lalu. Sesungguhnya hanya tuhan yang tahu derita hati Muammar Zaihan menanggung derita merindu. Benarlah kata orang, merindu itu lebih parah dari virus kanser yang memakan sel-sel di badan manusia secara perlahan-lahan. Zaihan terus-terusan melayan nanar perasaannya di serambi rumah. Kekesalan seakan tak pernah jemu mengetuk tangkai hatinya.
 Masih jelas diingatannya suatu waktu dulu dialah yang berkuasa. Jika A katanya, maka A lah jadinya. Tidak kan berubah walau sepicing inci sekalipun disertai dengan sejuta alasan. Hanya Maya, satu-satu isteri yang dikenalinya sejak di zaman persekolahan yang patuh mengikut telunjuknya. Suatu ketika, sedang enak Maya dan Zaihan menjamu selera di Restoran Melati, Maya menyuarakan hasratnya untuk membeli kereta Perodua Myvi auto untuk memudahkan Maya berulang alik ke tempat kerjanya di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Belum pun sempat si isteri menyatakan hujahnya memilih kereta auto, Zaihan telah membentak kasar. “Beli kereta manual, kalau rosak tak banyak sangat pakai duit,”. Terkebil-kebil mata si isteri mendengar jerkahan sang suami. Zaihan lihat wajah Maya menekur lantai, keruh dan mendung. Walaupun Zaihan tahu dengan pasti satu-satunya isteri yang dicintainya itu tidak mahir mengendalikan kereta manual, namun Zaihan tidak mahu mengalah. Hanya kerana dirinya lebih senang menggunakan kereta manual, maka dia juga mahukan isterinya menurut kehendaknya. Walhal Zaihan juga telah mempunyai keretanya sendiri. Sejak hari itu, patuhlah sang isteri menurut kehendak suami. Terkial-kial Maya mahu menyesuaikan diri membawa kereta manual. Zaihan pula hanya tersenyum puas setelah arahannya dituruti.
Pernah juga suatu ketika, kereta Maya rosak angkara dia terlupa mematikan lampu kereta sebelum melangkah ke pejabat. Akibatnya, petang itu, sehabis saja waktu pejabat, kereta Maya tidak dapat dihidupkan. “Abang, tolong sayang. Kereta Maya tak boleh hidup, Maya terlupa matikan lampu pagi tadi”, lirih suara Maya menagih bantuan sang suami. Malangnya apa yang Maya dapat hanyalah tengkingan dan amarah dari Zaihan. “I ni ada meeting kat Kota Damansara tau. Yang you x reti nak matikan lampu sebelum keluar kereta tu kenapa?. Duduklah you kat situ sampai ada orang nak datang tolong. Banyak lagi kerja yang I nak buat ni”, tengking Zaihan sebelum dengan pantas dia mematikan talian. Sebenarnya bukan Zaihan tidak sayang akan isterinya Maya. Malah hanya Maya wanita yang paling disayangi dan dicintainya selain dari ibu kandungnya sendiri. Namun pendirian keras Zaihan yang tidak mahu terlalu memanjakan isterinya menyebabkan Zaihan berubah perilaku. Maka, tinggallah Maya di kawasan parkir kereta itu sehingga Kak Nisa, rakan sepejabat Maya bermurah hati ingin membantu Maya.
 Ketika Maya mengandungkan puteri tunggal mereka Mia Adura, Maya yang manja seperti selalunya dengan mimik wajah comel meminta ingin dibawa berjalan-jalan ke Pulau Pinang untuk menikmati Nasi Kandar di Restoran Beratur iaitu salah sebuah restoran yang cukup terkenal di Pulau Pinang kerana keenakan hidangan nasi kandarnya. Kebetulan pula ketika itu mereka sama-sama sedang menikmati cuti sempena Tahun Baru Cina. Permintaan isterinya itu tidak Zaihan endahkan sama sekali, malah Zaihan hanya membelikan Maya nasi kandar dari kedai mamak berhampiran. Dengan linangan air mata Maya habiskan juga nasi kandar tersebut. Walhal bukan Zaihan tidak berkemampuan untuk membawa isterinya berjalan-jalan ke Pulau Pinang, malah Zaihan sangat mampu. Siapa yang tidak kenal dengan Zaihan. Salah seorang kontraktor muda yang berjaya. Namun sekali lagi pendirian teguhnya tidak mahu terlampau memanjakan Maya merobek luka hati wanita mulus itu.

Maya bukanlah seorang wanita yang mementingkan kebendaan, jauh sekali meminta-minta. Tingkahnya cukup sopan dan manja. Mungkin kerana Maya merupakan anak bongsu dalam keluarga maka itu mempengaruhi sikapnya juga. Zaihan akui sepanjang 8 tahun usia percintaan mereka dan 5 tahun mereka sah menjadi suami isteri, tidak pernah sekalipun Maya menyusahkannya. Maya saban hari akan menyediakan segala keperluannya dan di waktu malam pula tangan Maya lincah memicit-micit menghilangkan lenguh di segenap sendi. Dan sambil itu, dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibir, Maya akan petah berbicara tentang hari yang dilaluinya dan tak jemu bertanyakan tentang apa yang telah dilalui oleh suaminya. Walaupun bicara Maya seingkali dijawap dengan sepatah dua perkataan sahaja dari Zaihan, namun Maya tidak pernah berkecil hati. “Xpe lah abang penat abang tidur ok sayang”, bicara manja Maya sambil mengelus lembut kepalanya.
 Zaihan mengeluh lagi. Setelah penat menatap langit kelabu, perlahan-lahan Zaihan melangkah ke biliknya, merebahkan diri di atas katil perkongsian hidupnya dengan Maya suatu waktu dulu. Lamunan dan anganannya tentang memori semalam terhenti sebaik mendengar suatu suara halus memanggil-manggil namanya. “daddy, daddy”, Zaihan menoleh. Mia puteri tunggalnya sedang merenungnya di muka pintu sambil mengepit patung katak milik Maya. Maya memang gemarkan koleksi barangan katak, dan dengan patung katak itu jugalah menjadi tempat buat Mia melepaskan rindu terhadap Maya. “daddy dah tak sayang Mia ke?, daddy x layan Mia pun” bicara halus Mia kian membangkitkan memorinya terhadap Maya. Apa tidaknya, tingkah Mia sangat mirip dengan Maya. Mudah berlinangan air mata bila saja merasa dirinya tidak diberi perhatian. Pernah suatu hari Zaihan sibuk menyiapkan drawing yang diminta pelanggan, Maya menangis teresak-esak kerana merasa Zaihan tidak lagi mempedulikannya. Namun ketika itu bukan pujukan yang Zaihan berikan kepada Maya, malah Maya dimarahi sehingga isteri yang disanjungi itu tertidur dengan linangan air mata. Hanya setelah menyudahkan kerjanya, barulah Zaihan mendekati Maya, mencium dan memeluknya dengan harapan isterinya tahu bahwa dirinya sangat menyintai isterinya itu.
 “Han, apa kamu buat ni? Kesian Mia dari tadi menagis teresak-esak kat depan bilik kamu, tapi kamu tengok je?” jerkahan mama menyentakkan Zaihan dari lamunan yang panjang. “astarghfirullahhalazim” bisik Zaihan mengharap agar dapat diusir segala kenangan yang menyentuh hatinya.  Sungguh dia tidak perasan akan tangisan puterinya kerana baru sebentar tadi Zaihan merasakan dia mendengar esak tangis Maya. Zaihan peluk Mia, memujuk puterinya itu, dan tidak lama kemudian Mia pun lena di atas pangkuannya. “oh tuhan, tingkah Mia serupa macam Maya, merajuk, menangis dan tertidur, Allahuakbar” Zaihan memohon lagi. Memohon agar dikurniakan ketabahan buatnya menghadapi dugaan yang maha hebat ini.
 Malam itu, Zaihan bermimpi lagi. Bermimpi tentang perkara yang sama. Perkara yang terjadi sebelum dirinya tidak lagi bersama Maya. Suatu hari Maya menelefonnya. Dia yang ketika itu sedang sibuk memantau pekerjanya menyudahkan ubahsuai di rumah Tan Sri Halim, hanya menjawap acuh tak acuh sahaja. Maya memberitahu ada kereta yang mengekorinya sejak dari dia keluar pejabat lagi. “alah, biasa lah tu. Dia nak balik ikut sama jalan dengan jalan yang you guna, cuba lar jangan panik tak tentu hala. Kereta tu baru ikut kat belakang, bukan dia dah buat apa-apa pun” jerkah Zaihan cuba menghilangkan kekalutan sang isteri. “kalau dia ada buat perkara-perkara yang membahayakan you, baru you telefon I lagi. Hal-hal remeh macam ni janganlah asyik nak mengadu, buat serabut kepala I jek lar” tambah Zaihan lagi. “panik tak tentu hala!!” keluh Zaihan setelah mematikan talian. Namun, jangkaan Zaihan bahawa kereta yang mengekori isterinya itu tidak mempunyai niat jahat nyata meleset sama sekali. Dua jam setelah menerima panggilan isterinya, Zaihan mendapat satu panggilan dari hospital yang mengatakan Maya kini koma akibat ditetak perompak di persimpangan rumah mereka.
Zaihan bergegas ke hospital tempat Maya dirawat. Menurut jururawat di hospital, Maya yang meminta mereka menghubungi Zaihan. Zaihan melangkah lemah apabila melihat keadaan Maya. Tiada lagi senyuman Maya, tiada lagi renungan manja dan mimik comel wajah isterinya. Kini wajah Maya pucat dan semakin sejuk. Darah pekat mengalir dari hidung, mulut dan telinganya. Zaihan memangku Maya, ditepuk-tepuk perlahan wajah isterinya dengan harapan Maya akan menyapanya seperti selalu. “a..bang...” panggil Maya lemah dan sendu. “ye sayang, sayang jangan risau k. Percaya cakap abang, sayang akan selamat” perkataan “I”, “You” yang selalu Zaihan gunakan apabila bercakap dengan isterinya serta merta bertukar menjadi panggilan “abang”, “sayang”. Zaihan sendiri tidak pasti mengapa lidahnya seringkali keras ingin membahasakan diri “abang” serta memanggil isterinya “sayang” sebelum ini. Walhal, Maya tidak pernah culas memanggilnya dengan panggilan manja yang menenangkan hati. “ma...af..kan.. Ma..ya.. sa..yang.. Ma..ya.. tak sem..pat tele..fon a..bang. Pe...rom..pak tu ambil se...semua ba..rang Ma..ya” ucap Maya lemah. Zaihan tidak lagi mampu membendung curahan air matanya. Di saat genting diserang perompak begitu pun, Maya masih mengutamakan arahan Zaihan supaya menhubunginya jika kereta yang mengekori kereta Maya melakukan sesuatu yang membahayakan dirinya. Maya semakin lemah. Doktor yang merawat Maya menasihatkan Zaihan agar redha dan melepaskan Maya pergi. Menurut doktor, kecederaan akibat ditetak perompak menyebabkan Maya mengalami kehilangan banyak darah.
Akhirnya Maya pergi jua. Meninggalkan Zaihan dan kekesalannya yang tidak berpenghujung. Meninggalkan puteri tunggal mereka Mia Adura yang saling tidak tumpah seperti Maya, renungannya, bicaranya, tingkahnya, mimik wajahnya yang persis sekali ibunya. Mujurlah ketika kejadian Mia berada dibawah jagaan mamanya di Rawang. Jika tidak, pasti kini kelukaan Zaihan bertambah parah lagi. Di pusara Maya, Zaihan bertafakur dengan linangan air mata kekesalan. Jika dia bersikap lebih mengambil berat terhadap isterinya, pasti kejadian itu tidak akan terjadi. Namun, siapalah Zaihan untuk menolak takdir ilahi.
“Maya, tenanglah dikau disana. Biarkan aku di sini mengenggam memori cinta kita, tak kan ku izinkan kau bawa memori ini pergi bersama jasadmu. Di sini aku bersama puteri kita, lambang cinta kita. Maafkan abang, sayang. Sekali lagi, maafkan abang”, bisik Zaihan sendu sebelum berlalu meninggalkan pusara yang masih merah tanahnya itu. 

cerpen

rasenye lame suda haku x tulis cerpen..
dedulu mse sekolah tingkatan dua, ari2 haku akan menulis cerpen
time tue lepas jek tulis2 kt buku kotak2 (buku latihan math),,
haku akan bg kawan2 trdekat bace..
smpaikan kwan2 haku dulu akan bg haku sinopsis cerita n mintak haku karang cerpennya
kikikiii

haku mmg minat menulis da lame
dr sekolah rendah lagi
haku suka mmbaca karya orang,, so dr situ lah haku dpat
idea nk hasilkan karya haku sndiri

dari sajak ke cerpen,,
rasenye da banyak buku kotak2 haku ngn kertas kajang abes haku kerjakan
cume sayangnya,, 
x banyak hasil karyaku yang masih kuh simpan hingga kini

mood haku menulis lak bile time haku sedih,, lagi berjela-jela
n mendayu2 lar gaya penulisan haku tue..
puas rasenye dpat mencurahkan isi hati atas sekeping kertas

kebanggaan haku sepanjang haku menulis nih bila
wat pertama kalinya mase dajah 6, guru kelas haku,, cikgu zamzuri anas lau x silap
selain dy aja haku math, dia gak haja haku BM
karangan dn tatabahasa
pnah sekali mse exam haku wat karangan sal berita,,
n haku dpat makah tetinggi siap ngn pujian lagi
kate cikgu anas,
 "saya terasa seolah-olah saya sdg bace harian metro dn berita harian mse saya bace karangan awak ni"
time tue kembang toksah ckp lar kn..
kalau ley k0yak kain,, da koyak gaknye sb trlampau2 kembang
hahhahaa

sejak tue lar haku lagi semangat nk menulis
lagi2 bile kawan2 p0n jadik kaki bace haku punye karya
mmg sy0k abess w0oo
ari2 d0rang akn tunggu karya trbaru haku
ngeh2

tp zman kegemilangan haku menulis nih seakan tersekat bile jek haku masuk asrama
teknik mase form 4
bukan pe, jadual yg ketat menghalang haku untuk terus berkarya
haku jadik x bnyak mase tuk diri sndrik

smpai lar mase haku form 5 n smpai lar skang,,
haku hanye bnyak hasilkan sajak2
cerpen langsong haku da taley nk wat
bukan pe,, bile smpai separuh jek haku da terus blurr

arwah suhaizad pon tw haku minat sgt menulis
so satu hari pnah lar dy cadangkan haku kisahkan cinta kite0ang lam bntuk novel an
tp perkare yg same gak trjadik
haku x mampu nk habiskan penulisan haku
atas sb pe p0n haku tatau

smpai lar skang,, hajat arwah masih lagi haku x laksanakan
tp haku harap 1 hari nnt haku akan dpat gak tunaikan hasrat beliau..

suatu keajabian atau anugerah bile mne dr mlm td
haku mndapat ilham untuk menulis
tp disebabkn sibuk + penat + haku nk topup tidur haku
haku x jdik menulisnya mlm td

haku mengambil peluang ketiadaan keje di 0piz dgn menghasilkan karya haku
karya yang telah sekian lama haku tak sentuh
n x cube nk wat
so di entry lepas nih, haku akan postkn ttg cerpen yang berjaya haku wat n siapkan 
dlm mase dua jam lebih kurang

semoga dgn berjayanya haku wat n siapkan cerpen yang bertajuk MAYA AMIRA ni
maka lepas nih haku akan kembali gigih menulis
demi memuaskan minat dan kecenderungan kuh
amin


even karya2 kuh x lar sehebat mane,,
namun haku berbangga dgn diri ku sendiri kerana berjaya menghasilkannya
alhamdulillah

Wednesday, May 18, 2011

~ preparati0n f0r my "E" day part 1 ~

sejak haku mengumumkn tarikh pertunangan haku iaitu pade
120611
tetiap ari hp kuh dihujani dgn mesej2 keterujaan oleh insan2 trsayang

contohnye cm text dr my siz alice


dan yg ineh


:: 0uh t0cey2 my siz alice yg beria2 nk watkn brg2 hntaran n 
sudi ngemaskn my bilik yg da cm sarang tupai tue ::

hell0oo my bilik jadik sarang tupai sb lame tade 0ang td0 kt lam tue 0ke,, cian kt my bilik..
huhuhuuu
ayah plak ari2 kol tnye pesiapan n evrything
h0oh0ooo
pd hal 1 hape p0n x ready lg nih
kuikuikuiii

kalau sape2 yg pnah bce my entry dr awal,, (ops!! ade kew 0ang yg bce entry2 haku nih)
kuikuikuiii
d0rang msti tau yg haku still cl0se with family arwah my bf..
s0re mak (mak arwah bf aka mak mertua x jadik haku)
excited + sendu
bile haku smpaikn berita petunangan haku nih


tp alhamdulillah,,
baek mak abah,, kakak2 n abg arwah,,
sume p0n merestui hubungan haku ngn lychee..
alhmdulillah Ya Allah

cme 1,,
maap mak abah sb pilih tarikh 12/06
sb tarikh tue dekat sgt2 ngn tarikh adik (arwah suhaizad) pegi 15/06 dua ta0n lepas,,
hmmmm
harap mereka x kecil hati ngn pemilihan tarikh nih..
insyaallah

kak suze lak (kakak arwah) 
excited nk sp0ns0r kek ngn cekelat cecantik nt0k mejelis tue


tengkiu akak sb sudi nk sp0nsor n thenz gak sb sudi izinkn hubby akak jadik
ph0tographer kt mejelis yana nnt yek..
t0cey2

dn sgt2 berterima kasih sb akak 0wez be 0n my side.. 
x kire time yana hepi sedih tencen mungek gewdix n etc
akak salu ade ngn yana
l0ve yuu akak!!!
sumpah x tipu!!!
l0ve akak sgt amat bangat..
muax2


*akak.. akak.. engkau lah ratu hati ku.. bila ku berduka,, akak hiburkn salu*
lagu ni khas t0k akak key
nah!! hamek!!
kuikuikuiii


0ke2 st0p merapek dn memungekkan diri yer angel lucyana
brbalik pd cite preparation for my "E" day
memule nk hntar kain yg my frenz fr0m brunei,, AINEE,, bagi..


act dy bg da lame..
tp disebabkan kesibukan tahap cencorot patah kaki haku n my lychee
s0 trbantut ler hasrat murni kuh tersebut


then aritue tnye kt my frenz WAWA,, kakak dy nk lagi x terima tempahan
sat g jawapan yg diberi sgt amat ler mendukacitakan 0ke
kakak beliau nk balik kg s0 maybe x smpat nk siapkn tempahan


0ke fine!!
peluh da merenik2 kt dahi jendul kuh ineh..


tbe2 teringat lak kt jualan jubah 0n9
NESSA SHOP
bile da belek2 smpai nek juling bijik mate
haku trbekenan ler kt jubah yg ineh





wane baju nih mmg match kalau nk kenakan ngn tudung ala2 kelabu
n veil putey (milik kakak haku apple lolita)


so dgn bantuan kak suze,,
beliau g lar merisik khabar ttg jubah tersebut
malang 100o kali malang bile mane jawaapannye
ketinggian haku tidak memungkinkan haku untuk memakai jubah trsebut..


wat???!!!
dgn rase penuh ketidakpercayaan ttg hakikat diri yg trlebih sentimeter nih
haku p0n text kt NESSA tue
begini text dr haku



dan jawapan dr beliau yg telah menghancurlumatkan impian haku nk pakai jubah tersebut
adalah seperti berikut ::




0ke fine!!
jawapannye haku kne ler terjah menerjah ke segenap kedai yg de st0ck jubah labuh2
t0k 0ang2 yg lebih sentimeter cm haku nih yep
h0oh0ooo


dugaan dugaan


dgn my bira yg kembali bermasalah ptg td..
x pasal2 kne ceramah ngn my lychee..
huhuhuu
naseb bek ler ade hakak yg baek ati nk tlg haku jump bateri my bira
t0cey2 hakak manis..
s0rry td ngah blurr x smpat nk tnye name hakak..
kuikuikuiii


0ke sbtu dn ahad nih my lychee hajak pi bli brg







hah!!
hamek aw0k..
sekali teng0k list ley pingsan jap dibuatnye
tue lom lg list brg yg mmg sedia ade lam kepale d0ngga haku nih
((yg agak2 mse nk bli tue,, pure2 x sengaje amek))
((yg agak2 wat muke sep0sen bile mne haku tenampak jek brg tue))
n bermacam2 lg lar trick yg ley haku gune mse nk bli sesuatu brg tue an
ngeh2


"ala syg,, kite nunang sekali jek kn" "peace!!!!!!!"
-
-
-
-
(*_ 0)

Monday, May 16, 2011

final sem

tup tap tup tap
haku da p0wn smpai ke penghujung sem
ase cm x caye lak haku nih da abes stdy.. 
n yg penting kesengsaraan nt0k siap an thesis berakhir suda.. wee


sbel0m anta thesis kt 0fiss,, smpat gak arr amek gmb0 ngn h0k nate
yg da bnyak wt haku nanges trhinggut2 n trngigau2..
kui kui kuii

taj0k thesis haku adala ::

"ADAT MELENGGANG PERUT DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU JAWA
 :: SUATU KAJIAN KES DI F.A.T 2, KOTA TINGGI, JOHOR"

hah hamek awak !!!!!
abes encix abg ngah n my sis in l0w jadik mangse t0k menyempurnakan 
dem0nstrasi lenggang per0t nih.. kui kui kui


plg taley belah haku munye penghargaan siap ade tulis name my lychee kn..
k0n0n " kepada teman baik"
teman baik ciittt p0oorahhh
had0ii.. muntah dare ler lec haku bace nnt.. miahahahhahaaa


last p0se siap geget2 thesis lagi kn..
time neh siyez haku ngah imagine muke lec haku yg hagak bnyak bunyik uw
dat's why ler aq p0se geget menggeget bagai..
h0h0ooiii

h0ke2
abes jek thesis.. 
de lg satu nate beruk yg menanti..

praktikal 0uh praktikal
haku n my classmate mun aka bulan,, kami akan brpraktikal selame
 8 minggu kat sini


:: mezium etnologi dunia melayu ::
atau singkatannye MEDM

kt sini sk0p tugas kami adala mmbantu kurat0r lam tugasan PENYELIDIKAN
so kalau da haku highligt word penyelidikan tue,, mmg de smthing 
wr0ng lar kn kt situ..
tugasan kami sehari2 search2 bahan,, ngadap buku,, ngadap tenet,, 
sk0deng bel0g gegurl yg hensem2,, kalau bawak lappy ley lar layan pesb0ok,,
tid0,, mkan,, brt0nyeh aka ngumpat, b0wrak dn etc

kesimpulannye :::
"kami sahangat B0WSAN h0ke!!!"

tulung ler phm,, wet abes,, penat dapat,, b0wsan berlipat
had0d0iiii
ase nk pecah tulang pungkoq aq nih seharian tnpe adenye aktibiti 
yg merangsangkn minda n peluh..

s0 layan arr gmb0 kami yg sdg b0wsan nih yek..
hpe k0ang p0n k0t same b0wsan cm kite h0rang.. ngek!!


:: 0tw ngan ktm mse ari 1st praktikal ::


:: muke k0n0n2 excited nk jlnkan tugas ::


:: j0in aktibiti pep0c0 ngn puspanita ::


:: b0wsan sket bace majalah n terjah bel0g 0ang ::


:: bile da b0wsan tahap cencurut mati laki,, gini ler gamaknye ghupe haku ::

~saat entry nih aku taip,, lagi 28 hari lg haku nk bes praktikal~
had0iiiiiiiiii
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers