Saturday, October 29, 2011

pengajaran berguna

sesungguhnye PENGALAMAN adalah GURU terbaik dalam kehidupan manusia.. percayalah,, apa yg kita pelajari dari dari pengalaman akan lebih TERKESAN dalam jiwa berbanding kita belajar dari buku.. (ini tidak bermaksud belajar dari buku itu tidak bagus ye kawan2)

pengalaman lalu mengajar aku tentang MEMBERIKAN YG TERBAIK, selama mana ia masih berada di hadapan mata..
~ kita sebagai manusia kadang terleka, hingga kita selalu sahaja ingin memberikan yg terbaik buat mereka yg berada di lingkungan kita, atau org jauh dgn kita,, hingga kadang kita TERLUPA untuk memberikan yg terbaik buat KEDUA IBU BAPA KITA
= contoh : satu hari minggu,, minah diajak oleh kawan2 sekelasnya untuk keluar menonton wayang.. dalam masa yg sama, ibu bapa minah mahu membawa minah ke rumah nenek untuk majlis makan2 bersama keluarga.. oleh sebab nak jaga hati kawan, maka minah menolak ajakan ibu bapanya untuk ke rumah nenek.. pada pemikiran minah,, esok2 masih ada untuk ke rumah nenek.. tapi,, pernahkah minah terfikir andai ESOK tiada lagi buat ibu bapa minah?? atau ESOK tiada lagi buat NENEK minah?

pengalaman lalu juga mengajar aku tentang BERSEDIA dengan apa pun kemungkinan..
~ jangan mudah letakkan diri kita di ZON SELESA hingga kita takut untuk keluar dari zon tersebut
= contoh : munah menjawat jawatan kerani di sebuah kilang. munah sangat seronok dgn kerjanya kerana dia dilingkungi oleh teman2 rapat yg baik hati, bos yg tidak memeningkan kepala, serta tempat kerja yg sangat dekat dengan rumah orang tuanya. bertahun2 munah bekerja di situ hinggalah satu hari, munah ditawarkan kenaikan pangkat, dengan syarat munah harus bekerja di cawangan baharu kilang tersebut yg sangat jauh dari rumah kedua orang tuanya, tiada teman2 rapat yg mengelilingi, serta harus bekerja dgn bos yg tidak diketahui fe'elnya.. oleh sb brtahun2 munah berada dlm zon selesa, hingga dia takut untuk melangkah keluar dr zon tersebut dan akhirnya, peluang itu telah disambar oleh milah, seorang kerani yg baru seminggu bekerja dgn kilang tersebut.. siapa yg rugi? milah atau munah?

kawan2
kalau hari ini korang merasakan korang lah insan yg paling malang dalam dunia, ketahuilah ADA lagi insan yg lebih malang dari korang..

kawan2
kalau hari ini korang merasakan korang telah memberi banyak dari apa yg korang terima, ketahuilah ADA lagi insan yg telah memberi lebih banyak dari korang..

kawan2
kalau hari ini korang merasakan korang lah yg paling berkuasa, percayalah ada lagi yg lebih BERKUASA dari korang

maka nasihat aku untuk AKU,, juga untuk korang,,
BERSYUKURLAH dgn apa yg korang ada sekarang
HARGAILAH dgn apa yg ada di depan mata korang sekarang
dan BERSEDIALAH untuk melakukan perubahan dalam hidup korang kerana untuk mencapai kejayaan,, kita harus BERANI melakukan perubahan..

(ada mcm HM TUAH, xpun DR HAJI FADZILAH KAMSAH, xpun PROF IZI x??) =)

meh nk share PETUA DIPERLUASKAN REZEKI
hari2, sedekahkan surah al-fatihah buat ibu ayah kita x kira sama ada diaorang
masih hidup atau dah pun meninggal dunia..

insyaallah
anak2 yg selalu mendoakan kedua ibu bapanya, maka Allah
akan memperluaskn pintu rezeki bagi anak tersebut
amin

Tuesday, October 25, 2011

entry kembali

salam buat semua pembaca blog yg dah lame menyawang nih.. wah.. sgt lame kowt x update blog since entry terakhir ttg picet sini kalau nk bace ... adalah dlm lebih kurang sebulan lebih x sentuh blog.. ouh ^.^
mmg sgt layak dianugerahkn dgn gelaran BLOGGER TER...M.L.S (sila penuhkan ruang yg kosong) tehee....

okelah.. actually x berniat nk wat entry kembali yg trlampau2 panjang pon.. just nk share ngn anda2 sekalian ape yg dah jadik lam life aku since 16 september = tarikh entry terakhir di publish hingga 25 oktober = tarikh aku taip entry ini.. let's check it out...


gambar kt atas ni menceritakan ttg kejadian convo kali ke-39 kt UKM.. tahniah pada diri sndrik (taip sambil tepuk bahu sendrik) sb setelah mengharungi macam2 dugaan, ujian, keseronokan, kesedihan, dan emosi2 yg sewaktu dengannya, alhamdulillah berjaya gak aku convo.. 


alhamdulillah, akhirnya segala impian, harapan, dari mereka2 yg aku sayang dah pun terlaksana.. sayu, sebak, bangga, gembira, semua menjadik satu.. air mata kegembiraan mak, senyuman kebahagiaan ayah, kasih sayang dari family sidia, yg x pernah putus, juga sokongan dan pemahaman yg x pernah jemu dari encix tunang sangat amat aku hargai..


bergenang air mata saat melihat mak ayah duduk dalam DECTAR, bergenang air mata saat saling ucapkan tahniah pada kak suze yg same2 convo hari tue, bergenang air mata saat lihat kesungguhan family aku dan jugak family sidia yg sanggup datang dari jauh untuk sama2 raikan kejayaan kami, dan bergenang air mata lihat kesungguhan encix tunang berikan layanan yg terbaik kpd aku dan family pada hari sebelum, hari kejadian, dan hari selepas kejadian aku convo..

TERIMA KASIH SEMUA

bnyak sgt yg aku nak share sebenarnya, tapi banyak lagi hati yg patut aku jaga... makanya,, lebih baik luahan itu aku simpul dalam hati saja.. =)

dan sekarang, gaya hidup sebagai seorang 'student' itu sedaya mungkin aku usir pergi kerana sekarang aku secara rasminya bukan lagi bergelar 'student.. even secomel mane pon aku (eh silap) even secomel mana pon mimik muka yg aku cuba tonjolkan, kenyataannya aku bukan lagi seorang 'student'.. kerana sekarang aku dah pun menempuh dunia pekerjaan.. sebenarnya masih lagi under training sebab itu masih feeling like student.. ouh perasan!!!!


bersama sebahagian kwn2 di Astro Batch 6.. kami gelak bersama2, kami penat bersama2, kami makan bersama2, kami perah otak bersama2 kerana selepas training nih mungkin kami tidak lagi akan bekerja bersama2.. sb lepas nih kami akan dibahagikn ke dua tempat kerja yg berbeza either di ICON or CAPS SQUARE.. huhuhuuu

okelah.. rasanya kepanjangan entry nih dah pun melebihi tujuan asal entry ditaip.. (iaitu untuk tidak ditaip dgn begitu panjang, tp ade aku kisah??) bhahahaa
sampai ketemu lagi di entry seterusnya entah di bulan berapa pula yer (ops!! ade hati nk biarkn blog penuh sawang lagi ler tue) =.=







Gambar Penutup Entry
alhamdulillah tarikh sebenar dah pun diconfirmkn
tinggal proceed dgn persiapan dan menunggu detik bersejarah itu tiba
meh nk share doa yg bley diamalkn lam kehidupan seharian kita

'Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, dan jangan Kau sulitkan'
Amin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers