Thursday, December 22, 2011

:: entry terakhir sbg seorang SINGLE but NOT AVAILABLE ::


:: entry terakhir sbg seorang SINGLE but NOT AVAILABLE ::

gitu tajuk entry kan.. kelass kau jah!!! 
arini 22/dec.. insyaallah lagi 8 hari saja lagi saat tue akan datang.. Ya Allah permudahkanlah segala urusan bagi kami dan jangan Kau sulitkan.. amin..
arini gak akan balik johor.. Alhamdulillah,, harini dapat berganda2 kegembiraan dan kelegaan even ada juga yang tidak menyenangkan.. 
pertame smlm dapat dua berita satu baik dan satu buruk.. yg buruk selama hampir sebulan aritue mengabdikan diri kt tmpat kerja, kena marah kena maki, for nothing.. aku xkn dapat gaji sb x sign contract lg..
tp alhamdulillah sgt2 sbkan aku x sign contract tue lagi lah aku x payah bayar 7.5k tue.. alhamdulillah.. ilang satu beban.. terima kasih Ya Allah..
arini lak alhamdulillah dapat settle kemas uma lepas kawen nnt.. even x sempurna sepenuhnya, tp ade lah rupa rumah sket dr xde lngsung kn.. hah kau hade?? bhahahhahaa

krismas nih nk pi jemputan kawen kwan sekolah, dua org lg kawan sekolah aku kawen.. xpe minggu nih aku pi uma depa, minggu depan depa lak mai uma aku.. ye dak?? hihihihiii (aik awat gedik smcm aku gelak nih??)

emm  da tatau nk bebal ape lg.. cume harapkn kalau de yg membaca blog nih, doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan oleh-Nya.. semoga ujian2 yg sedang kami hadapi sekarang ini sbg batu loncatan buat kami memperoleh rezeki yg berlipat ganda lagi di masa akan datang.. amin..

lepas nih da x bley nk gelak mcm pontianak kesiangan lagi,, lepas nih da x bley nk melatah mencarut sesuka hati lagi,, lepas nih da x bley peluk2 manje2 ngan patung2 katak kesayangan lagi sb da ade yg lebih gebu dr encik katak sekalian untuk dipeluk!!!.. oke bye!!!

motiff sgt kn ayat terakhir kt entry nih 
rolling eyes
=.~


Sunday, December 18, 2011

nostalgia buat sahabat

malam ni ati terasa sayu.. teringat aku kisah 3 tahun dulu.. saat pertama kali aku datang ke UKM.. mata memandang kosong ke persekitaran yang asing.. tibe2 kertas atau pen, entah aku pun tidak berapa pasti, yang ku pegang terjatuh.. dan ada sepasang tangan putih yang menghulur.. senyumnya, suaranya masih aku ingat.. bermula dari situ keakraban kian bercambah.. aku dan farah..

tok tok tok!!! pintu bilikku diketuk dari luar.. apabila ku kuak pintu yg tertutup rapat, terjengul wajah farah dan temannya.. 'ouh budak siam yg aku ngat melayu dulu tue' aku berbisik dlm hati.. 'hye yana kan? sumaa.. coursemate farah' gemersik suaranya menambah rindu di hati.. 

suatu detik menguji kesetiaan persahabatan yg baru terbina.. farah ditakdirkan jatuh sakit.. bermula dari situlah keakraban ku yang selama ini terbina hanya bersama farah, bercambah kepada 'si budak siam' coursemate farah.. kami berkongsi info terkini tentang penyakit farah.. tanpa sedar terjalin sebuah lagi ikatan persahabatan antara aku, sumaa dan marlinda dampa yang juga coursemate farah.. 

hari berlalu tanpa farah hingga aku sebati dgn mereka.. kalau aku tiada kelas, pasti bilik sumaa lah tempat paling indah untuk dituju.. kami berkongsi penantian dan harapan agar farah segera kembali kepada kami.. tak sabar rasanya mahu berkongsi harum wangi persahabatan ini bersama farah.. 

entah badai apa yang melanda, aku masih ingat.. di tangga itulah.. di tingkat tiga berhampiran tandas bangunan kolej burhanuddin helmi, aku dan sumaa berpelukan setelah mendapat berita tragis pemergian farah.. aku ingat dengan sangat jelas, suara kami bersatu dalam tangisan yang panjang.. hari itu, secara rasminya tiada lagi harapan untuk farah kembali..

masa terus berlalu.. kami membina semula kekuatan setelah ditinggal farah.. mungkin ini yang terbaik buat farah dari membiarkan farah terusan derita menanggung kesakitan.. putus kami akhirnya.. sebelum semester dua dalam tahun pertama pengajian kami, di petang yang damai, aku sumaa dan marlinda dampa berkongsi satu bangku, bangku batu dan berlumut di pinggir bukit burhan, menghabiskan sisa terakhir kami di sem itu.. menyanyi bercerita dan ketawa.. semuanya tampak sempurna, tiada cela dalam keakraban kami walau kami berlainan agama dan bangsa..

hingga tiba suatu detik, aku sekali lagi teruji dengan kehilangan.. kali ini aku memutuskan untuk keluar dari kolej kediaman, 'perumahan indah' bagi kami.. saat itu aku bertekad untuk terusan menggenggam  wangi musim persahabatan kami..

ya.. masa terasa begitu pantas berlalu.. angin menderu membawa perubahan dalam musim keakraban yang pernah terbina.. tapi ketika itu semuanya tampak baik-baik saja.. di hari terakhir bagi sumaa dan marlinda dampa berada di UKM, aku masih bersama mereka.. berkongsi lambaian perpisahan sementara..

hmmm..
entah mana silapnya.. kau menghilang.. jauh dari aku, jauh dari dampa, jauh dari iena, kawan paling kau rapat dalam kelas.. kami hilang jejakmu.. panggilan dan pesanan dari kami tidak berbalas.. kau tahu sumaa betapa kecewanya kami??

apa pun yang terjadi padamu tidak kami persoalkan.. aku hanya mahukan kau kembali.. aku rindu gelak kau sayang, aku rindu bebelan kau.. aku rindu segalanya yang ada pada kau.. aku mencari dan masih terus mencari walau mungkin saja tika ini kau sudah jauh melupakan kami.. aku mencari kau, aku mahukan kau kerna kau istimewa.. kau seistimewa farah dalam hati aku.. terima kasih kerana kau memberi aku kegembiraan keselesaan dan keyakinan setelah ketiadaan farah.. 

kau tahu kan yunx di kolej aku tak ramai kawan.. hanya farah temankuh yang paling akrab.. tapi syukur tuhan kerna farah kenalkan kau ke aku.. hingga aku menjadi terlalu sebati dengan kau.. hingga aku tak mampu nk lupakan kau macam tue saja..

untuk kau kesayangan aku.. bila2 saja andai kau telah bersedia, kembalilah kepada kami.. aku tak berkecil hati di hari bahagiaku nanti kau tiada untuk sama2 meraikannya.. aku hanya akan menunggu.. budak siamku kembali..

Friday, December 16, 2011


14 hari saje lagi..
sekali sekala debaran tue maken terasa.. 
Ya Allah semoga semuanya berjalan seperti yg dirancang.. amin..

sampai ke saat nak bersatu ni, banyak sangat halangan nak ditempuh..
Ya Allah kuatkan hati kami menghadapi ujian2 ini..
sesungguhnya selepas berkahwin, pasti ujian yg menanti lebih getir lagi..

bila duduk diam sorang2..
terfikir betapa agungnya kuasa ilahi..
kami berjumpa, dan kemudian berpisah..
dlm tempoh perpisahan itu kami diberi peluang oleh Allah melalui pengalaman hidup yg berbeza..
siapa sangka selepas tujuh tahun terpisah..
akhirnya kami bertemu untuk bersatu..
Allah Yang Maha Besar..

Alhamdulillah Ya Allah..
Kau turunkan ujian kepada ku..
agar aku menjadi lebih tabah untuk melangkah..
Syukur Ya Rabbi..
Kau berikan aku pengajaran yg paling berguna dalam kehidupan ini..
dan terima kasih Ya Allah..
kerna hikmah kehilangan itu telah aku kecapi kini..

kepada Bakal Suamiku,
Bakal Imam dalam solat ku,
Bakal Pembimbing dalam keluargaku,
Bakal Ayah kepada zuriatku,
terima kasih kerana menerima aku sebagaimana aku..
dan terima kasih kerana sudi mengambil diri ini sebagai pendamping mu..
teruslah kau wahai bakal suami menjadi dahan buatku,
teruslah kau wahai jantung hati menjadi lampu penyuluh buat jalanku..
semoga ikatan perkahwinan ini kan dibajai dgn bunga2 cinta sayang kasih dan bahagia
yang membawa ke syurga
amin...


Friday, December 2, 2011

hyep






Sunday, November 13, 2011

1211

ade 3 kejadian yg perlu di celebrate pd 1211 taon nih..
(i) birthday encik tunang
(ii) aniversary aq n encik tunang kmbali brjumpa setelah 7 taon trpisah..
(iii) ulang bulan ke-5 pertunangan kami

kalau x, kami pilih 1211 nih sbg tarikh pernikahan kami, tp ats sb2 trtentu, dn mgkn saja Allah mengetahui detik 1211 nih mgkn kami blm benar2 bersedia, maka tarikh itu ditunda ke satu tarikh yg akn diberitakan kelak.. insyaallah..

kpd encik tunang, HAPPY BIRTHDAY sayang.. may Allah bless yuu, may all your wish comes true.. semoga menjadik anak yg beriman dn brtanggungjawap trhadap kedua ibu bapa.. amin..
(hadiah postpone key sayang, marah astro sb lmbat keluarkn elaun kami) tehee

juga HAPPY ANIVERSARY to us.. semoga Allah merahmati hubungan kami, dan semoga Allah limpahi hati kami dgn rasa kasih sayang dn cinta yg berpanjangan hingga ke syurga.. jadikan hati kami tabah dlm menempuhi dugaan hidup di muka bumi ini.. amin..

n selamat ulang bulan ke-5 pertunangan kita.. insyaallah masanya akan tiba jugak.. semoga dlm tempoh pertunangan ini Allah membantu kita untuk mempersiapkn diri menjadik suami/isteri yg soleh/solehah, brtanggungjawap terhadap masjid yg bakal dibina, dn semoga jodoh kita brkekalan hingga ke syurga.. insyaallah.. amin..

hnya kek ini yg sempat dibeli di saat2 akhir, kek idaman masih x dapat nk beli lg..
xpe, postpone pd taon2 mndatang plak
=)

hepi everyday with me darling.. muax!!!

::kalau de yg berbulu mate bace entry kali nih, sorylah yer, koang pon citelah pasal tunang koang kt blog,,
konpem x brbulu mate aq nih bace,, sb aq pon ade::
ko ade???
teheeee

~kalau penutup x menyakitkan ati org x boley kew ??~
hahaha dush dush


Saturday, October 29, 2011

pengajaran berguna

sesungguhnye PENGALAMAN adalah GURU terbaik dalam kehidupan manusia.. percayalah,, apa yg kita pelajari dari dari pengalaman akan lebih TERKESAN dalam jiwa berbanding kita belajar dari buku.. (ini tidak bermaksud belajar dari buku itu tidak bagus ye kawan2)

pengalaman lalu mengajar aku tentang MEMBERIKAN YG TERBAIK, selama mana ia masih berada di hadapan mata..
~ kita sebagai manusia kadang terleka, hingga kita selalu sahaja ingin memberikan yg terbaik buat mereka yg berada di lingkungan kita, atau org jauh dgn kita,, hingga kadang kita TERLUPA untuk memberikan yg terbaik buat KEDUA IBU BAPA KITA
= contoh : satu hari minggu,, minah diajak oleh kawan2 sekelasnya untuk keluar menonton wayang.. dalam masa yg sama, ibu bapa minah mahu membawa minah ke rumah nenek untuk majlis makan2 bersama keluarga.. oleh sebab nak jaga hati kawan, maka minah menolak ajakan ibu bapanya untuk ke rumah nenek.. pada pemikiran minah,, esok2 masih ada untuk ke rumah nenek.. tapi,, pernahkah minah terfikir andai ESOK tiada lagi buat ibu bapa minah?? atau ESOK tiada lagi buat NENEK minah?

pengalaman lalu juga mengajar aku tentang BERSEDIA dengan apa pun kemungkinan..
~ jangan mudah letakkan diri kita di ZON SELESA hingga kita takut untuk keluar dari zon tersebut
= contoh : munah menjawat jawatan kerani di sebuah kilang. munah sangat seronok dgn kerjanya kerana dia dilingkungi oleh teman2 rapat yg baik hati, bos yg tidak memeningkan kepala, serta tempat kerja yg sangat dekat dengan rumah orang tuanya. bertahun2 munah bekerja di situ hinggalah satu hari, munah ditawarkan kenaikan pangkat, dengan syarat munah harus bekerja di cawangan baharu kilang tersebut yg sangat jauh dari rumah kedua orang tuanya, tiada teman2 rapat yg mengelilingi, serta harus bekerja dgn bos yg tidak diketahui fe'elnya.. oleh sb brtahun2 munah berada dlm zon selesa, hingga dia takut untuk melangkah keluar dr zon tersebut dan akhirnya, peluang itu telah disambar oleh milah, seorang kerani yg baru seminggu bekerja dgn kilang tersebut.. siapa yg rugi? milah atau munah?

kawan2
kalau hari ini korang merasakan korang lah insan yg paling malang dalam dunia, ketahuilah ADA lagi insan yg lebih malang dari korang..

kawan2
kalau hari ini korang merasakan korang telah memberi banyak dari apa yg korang terima, ketahuilah ADA lagi insan yg telah memberi lebih banyak dari korang..

kawan2
kalau hari ini korang merasakan korang lah yg paling berkuasa, percayalah ada lagi yg lebih BERKUASA dari korang

maka nasihat aku untuk AKU,, juga untuk korang,,
BERSYUKURLAH dgn apa yg korang ada sekarang
HARGAILAH dgn apa yg ada di depan mata korang sekarang
dan BERSEDIALAH untuk melakukan perubahan dalam hidup korang kerana untuk mencapai kejayaan,, kita harus BERANI melakukan perubahan..

(ada mcm HM TUAH, xpun DR HAJI FADZILAH KAMSAH, xpun PROF IZI x??) =)

meh nk share PETUA DIPERLUASKAN REZEKI
hari2, sedekahkan surah al-fatihah buat ibu ayah kita x kira sama ada diaorang
masih hidup atau dah pun meninggal dunia..

insyaallah
anak2 yg selalu mendoakan kedua ibu bapanya, maka Allah
akan memperluaskn pintu rezeki bagi anak tersebut
amin

Tuesday, October 25, 2011

entry kembali

salam buat semua pembaca blog yg dah lame menyawang nih.. wah.. sgt lame kowt x update blog since entry terakhir ttg picet sini kalau nk bace ... adalah dlm lebih kurang sebulan lebih x sentuh blog.. ouh ^.^
mmg sgt layak dianugerahkn dgn gelaran BLOGGER TER...M.L.S (sila penuhkan ruang yg kosong) tehee....

okelah.. actually x berniat nk wat entry kembali yg trlampau2 panjang pon.. just nk share ngn anda2 sekalian ape yg dah jadik lam life aku since 16 september = tarikh entry terakhir di publish hingga 25 oktober = tarikh aku taip entry ini.. let's check it out...


gambar kt atas ni menceritakan ttg kejadian convo kali ke-39 kt UKM.. tahniah pada diri sndrik (taip sambil tepuk bahu sendrik) sb setelah mengharungi macam2 dugaan, ujian, keseronokan, kesedihan, dan emosi2 yg sewaktu dengannya, alhamdulillah berjaya gak aku convo.. 


alhamdulillah, akhirnya segala impian, harapan, dari mereka2 yg aku sayang dah pun terlaksana.. sayu, sebak, bangga, gembira, semua menjadik satu.. air mata kegembiraan mak, senyuman kebahagiaan ayah, kasih sayang dari family sidia, yg x pernah putus, juga sokongan dan pemahaman yg x pernah jemu dari encix tunang sangat amat aku hargai..


bergenang air mata saat melihat mak ayah duduk dalam DECTAR, bergenang air mata saat saling ucapkan tahniah pada kak suze yg same2 convo hari tue, bergenang air mata saat lihat kesungguhan family aku dan jugak family sidia yg sanggup datang dari jauh untuk sama2 raikan kejayaan kami, dan bergenang air mata lihat kesungguhan encix tunang berikan layanan yg terbaik kpd aku dan family pada hari sebelum, hari kejadian, dan hari selepas kejadian aku convo..

TERIMA KASIH SEMUA

bnyak sgt yg aku nak share sebenarnya, tapi banyak lagi hati yg patut aku jaga... makanya,, lebih baik luahan itu aku simpul dalam hati saja.. =)

dan sekarang, gaya hidup sebagai seorang 'student' itu sedaya mungkin aku usir pergi kerana sekarang aku secara rasminya bukan lagi bergelar 'student.. even secomel mane pon aku (eh silap) even secomel mana pon mimik muka yg aku cuba tonjolkan, kenyataannya aku bukan lagi seorang 'student'.. kerana sekarang aku dah pun menempuh dunia pekerjaan.. sebenarnya masih lagi under training sebab itu masih feeling like student.. ouh perasan!!!!


bersama sebahagian kwn2 di Astro Batch 6.. kami gelak bersama2, kami penat bersama2, kami makan bersama2, kami perah otak bersama2 kerana selepas training nih mungkin kami tidak lagi akan bekerja bersama2.. sb lepas nih kami akan dibahagikn ke dua tempat kerja yg berbeza either di ICON or CAPS SQUARE.. huhuhuuu

okelah.. rasanya kepanjangan entry nih dah pun melebihi tujuan asal entry ditaip.. (iaitu untuk tidak ditaip dgn begitu panjang, tp ade aku kisah??) bhahahaa
sampai ketemu lagi di entry seterusnya entah di bulan berapa pula yer (ops!! ade hati nk biarkn blog penuh sawang lagi ler tue) =.=







Gambar Penutup Entry
alhamdulillah tarikh sebenar dah pun diconfirmkn
tinggal proceed dgn persiapan dan menunggu detik bersejarah itu tiba
meh nk share doa yg bley diamalkn lam kehidupan seharian kita

'Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, dan jangan Kau sulitkan'
Amin

Friday, September 16, 2011

HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA

hye all's
pagi2 lagi da terase nak update blog
pikir punye pikir punye pikir
ouh ^.^
baru teringat hari ni adalah hari ulang tahun Malaysia ditubuhkan
atau kite bley panggil HARI MALAYSIA
atau HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA
=)

~patut lar dari semalam i wonder,, nape ramai org yg keluar malam tadi yer~
:: My Lychee kuar ngan kwan2 dia having mangkuking @ bowling ::
:: my hoursemate lak plan mahu keluar liburan & nonton same bf dia ::
cume aku jek yg duduk diam2 kat uma layan cite barbie & snow white
ouh!!!
then pagi tadi kemain semangat kan kejut My Lychee bangun pi keje
(kejut dgn penuh semangat & sgt berharap dpat ikut beliau pi keje sebenarnye)
teheee
malu jek sb arini My Lychee mmg bagi sume worker dia cuti
huhuhuuu
=.=

hmm okelah
i'm not the right person to tell you about MALAYSIA DAY
(sb dulu selalu jek berangan + tido time subjek sejarah,, nasib baik form 6 sejarah xdapat C)
=.=

but ape yg boley aku kongsikan is
seharusnya jauh di sudut hati kita sekarang mempunyai rasa & getaran
SAYA CINTA MALAYSIA

the most thing i'm very proud to be MALAYSIAN is
seburuk mana pon keadaan kat luar negara seperti kt SYRIA, MODAGISHU, PATTANI & etc,,
tapi kita kat malaysia tetap aman damai sejahtera
ALHAMDULILLAH

yep,,
memang ade kejadian2 yg x diingini seperti beberapa peristiwa rusuhan telah berlaku
namun, ALHAMDULILLAH
secara keseluruhannya hidup kat negara kita masih aman.. 
macam yg GF sy YART,, tulis kat blog dia
xde lar sampai kite kena tidur bawah jambatan,, tak begitu cik konah??
ALHAMDULILLAH

sejujur-jujurnya,, jauh di sudut hati aku selalu berdoa agar
TUHAN PELIHARA KEAMANAN & KESEJAHTERAAN HIDUP DI BUMI MALAYSIA
sejujur-jujurnya aku seorang yg sgt takut dan benci dgn peperangan,, keganasan,, kekecohan,,
sb aku selalu fikir,,
kalau negara kita nih kucar-kacir, bergaduh sesama sendirik,,
then ada plak pihak luar yg dtg serang or buat kacau,, 
KAT MANE NANTI KITA NAK SOROKKAN DIRI??
kalau kat uma sendiri pon boley kena bom.. so,, kita nk duduk kat mane??
bawah katil?? shelter bawah tanah?? atas bumbung?? dalam dinding??
no my dear..
if that bad situation happen,, there is no one place is save for you
SANGGUP KE KITA NAK LIHAT INSAN2 KESAYANGAN KITA GUGUR REBAH KE BUMI KERANA NAK PERTAHANKAN KITA???
ouh tidak!!!

alangkah manusia putus cinta saja sudah bisa menangis guling-guling dan tertonggeng2
apatah lagi kalau kehilangan keluarga yg kita cinta
dan apatah lagi kalau kita kehilangan KEAMANAN negara kita
nauzubillah

~ al-fatihah buat pejuang2 kita yg terkorban kerana menyelamatkan negara dulu ~
sesungguhnya titisan darah kalian pejuang yg kami cinta membolehkan kami menghirup udara nyaman pada hari ini..
ALHAMDULILLAH
kan kami pelihara pengorbanan kalian,,
agar anak cucu kami nanti tidak kan menghidu bau hamis darah akibat pertempuran sesama insan
INSYAALLAH

SALAM SATU MALAYSIA BUAT SEMUA


Wednesday, September 14, 2011

keletihan

lihat2.. gambar kat atas tue.. cukup x untuk menggambarkan keletihan aku sekarang nih.. huhuhuu
nak tahu kenapa aku letih sampai tertidur-tidur depan lappy dengan mulut ternganga tue?? hohooo
actually dari petang semalam aku busy meng'renovate' my belove baby blogy nih.. 

meseti ade yg cakap, 'alah apelah yg dipenatkan sgt.. renovate blog jek pon.. bukan renovate rumah'... hohooooo.. ye anda anda semua,, memanglah renovate blog tak sepenat renovate rumah.. lagipun kalau nak renovate rumah pergilah contact my lychee.. dia pakar dalam bab tue.. eh eh,, tetiba jek masuk nama my lychee pulak kn...

oke lah.. pasal penat x penat renovate blog nih kan.. yelah,, aku nih kan kategori 'buta IT' sikit.. so kalau nak renovate blog,, haruslah juling bijik mata melihat, membelek, mencuba, meng'remove', dan 'meng' 'meng' yg sewaktu dengannya.. kalau da pakar tue, lain lar pulak ceritanye cik konah.. sambil pejam mata,, sambil sebelah tangan pegang mug macam gambar kat atas tue pon aku boleh renovate blog.. 'nampak beno nipunye kn kn'

teeheeee

okelah.. aku nak sambung on9.. kali nih on9 yg memberikan manfaat plak.. hah,, ape tue on9 yg memberikan manfaat?? aku nak on9 carik koje ler.. ingat dengan mengangkang depan lappy sambil makan kuaci,, ko boleh dapat puluhan ribu setiap bulan?? ouh pasti boleh... BOLEH BLAH!!! adius..









miahahahaa 
brutal kew x brutal
aku punye penutup entry
kali nih..




Tuesday, September 13, 2011

my BLOG is UNDER RENOVATION
sorry for
INCONVENIENCE
tq

Thursday, September 8, 2011

kisah berpicnic di hari raya

pada 03/09/2011 bersamaan raya kelima yg lepas,, aku ngan seluruh kaum family aku,, kiteorang pegi picnic kat tanjung sepang,, kota tinggi,, johor.. kiteorang pi private beach jek, sb saje nk lepak2 & mencarut tanpa gangguan sesape.. (tang mencarut itu hanya perisa tambahan penyedap rasa jek yer).. yg syoknye picnic kali ni,, semua adik bradik aku yg 5 ketul tue dapat join,, selalu mmg payah kiteorang nk kumpul ramai2 sb abang aku yg sulung tue keje yg ya ampun payah nk cuti.. bakal2 family pon ade join skali,, sape lg kalau bukan incex tunang & ehem2 abg aku.. teeheee

kiteorang sewa chalet sb mak aku nih nk layan feeling sambil2 duduk2 kt serambi chalet.. wahhaaa... 
aku skang da trkena badi malas nk taip panjang2, so ape kate moh layan gambau2 jek kt bawah ek..
zasssss!!!!!!

lihat,, ada orang ngah dating lah =.=

incex yg sgt rajin memasak
(nk bodek ler tue,, teehee)

anak dare vs mak dare
with my siz
our third generation
memancing dgn bersungguh2
dapat ikan kecik jek,, tp banyak.. boley lah.. teehee
dua orang budaq senget
last picture b4 meninggalkan lokasi

=)

Tuesday, September 6, 2011

selamat hari hari


selamat hari raya,, hari untuk kita bersuka ria
lalallala

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI
buat semua
mohon maaf kalau terdapat salah silap
sama ada lam bentuk perbuatan mahupun kata-kata
juga mohon dihalalkan makan minum
terambil atau ter ter yg lainnya
moga IDUL FITRI kali ini memberi kebahagiaan kepada kita semua
amin

wahhaaaa
begitu ketinggalan penulis blog ini yer 
sudah di hari kelapan berhari raya baru sibuk2 nk hupdate ucapan raya
=.=
teeheee

sebenarnye aku sgt sibuk di hari raya ini
kalau x percaya zoom pix2 kt bawah ni hah

:: sibuk raya bersame keluarga ::

:: sibuk melayan tunangan yg datang berkunjung ::

:: sibuk beraya di tepi jeti ::

:: sibuk beraya dgn tunangan ::

:: sibuk mengusya anak orang ::


:: sibuk terjah uma orang ::


:: sibuk menjahanamkan umah orang ::

:: sibuk berpicnic bersame keluarga ::

dan bermacam2 jenis kesibukan lagi lar yg payah ntok dirungkaikan
wahhhaaaa

oke,,
pape pun raye ni tetap meriah & happening
sb dapat kumpul sume adik beradik yg 5 ketul tue
then ni raye pertama sebagai tunangan orang
teeheee
then yg paling meninggalkan moment terindah adalah

ini mungkin raya terakhir aku sebagai seorang ANAK DARA!!!!
waahhhhh

kalau dr kecik sampai umur aku skang 23 tahun,,
aku asyik collect duit raya dari incex ayah,,
so mulai tahun depan,, kebiasaan tue akan sedikit berubah..
maybe incex ayah da x bermurah ati nk bg aku duit raye lagi
n aku plak da kne belajar ntok collect duit raye dr incex suami 
bhahahhaa

= cepat ler raye aji =
teehheeee



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers