Thursday, December 22, 2011

:: entry terakhir sbg seorang SINGLE but NOT AVAILABLE ::


:: entry terakhir sbg seorang SINGLE but NOT AVAILABLE ::

gitu tajuk entry kan.. kelass kau jah!!! 
arini 22/dec.. insyaallah lagi 8 hari saja lagi saat tue akan datang.. Ya Allah permudahkanlah segala urusan bagi kami dan jangan Kau sulitkan.. amin..
arini gak akan balik johor.. Alhamdulillah,, harini dapat berganda2 kegembiraan dan kelegaan even ada juga yang tidak menyenangkan.. 
pertame smlm dapat dua berita satu baik dan satu buruk.. yg buruk selama hampir sebulan aritue mengabdikan diri kt tmpat kerja, kena marah kena maki, for nothing.. aku xkn dapat gaji sb x sign contract lg..
tp alhamdulillah sgt2 sbkan aku x sign contract tue lagi lah aku x payah bayar 7.5k tue.. alhamdulillah.. ilang satu beban.. terima kasih Ya Allah..
arini lak alhamdulillah dapat settle kemas uma lepas kawen nnt.. even x sempurna sepenuhnya, tp ade lah rupa rumah sket dr xde lngsung kn.. hah kau hade?? bhahahhahaa

krismas nih nk pi jemputan kawen kwan sekolah, dua org lg kawan sekolah aku kawen.. xpe minggu nih aku pi uma depa, minggu depan depa lak mai uma aku.. ye dak?? hihihihiii (aik awat gedik smcm aku gelak nih??)

emm  da tatau nk bebal ape lg.. cume harapkn kalau de yg membaca blog nih, doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan oleh-Nya.. semoga ujian2 yg sedang kami hadapi sekarang ini sbg batu loncatan buat kami memperoleh rezeki yg berlipat ganda lagi di masa akan datang.. amin..

lepas nih da x bley nk gelak mcm pontianak kesiangan lagi,, lepas nih da x bley nk melatah mencarut sesuka hati lagi,, lepas nih da x bley peluk2 manje2 ngan patung2 katak kesayangan lagi sb da ade yg lebih gebu dr encik katak sekalian untuk dipeluk!!!.. oke bye!!!

motiff sgt kn ayat terakhir kt entry nih 
rolling eyes
=.~


Sunday, December 18, 2011

nostalgia buat sahabat

malam ni ati terasa sayu.. teringat aku kisah 3 tahun dulu.. saat pertama kali aku datang ke UKM.. mata memandang kosong ke persekitaran yang asing.. tibe2 kertas atau pen, entah aku pun tidak berapa pasti, yang ku pegang terjatuh.. dan ada sepasang tangan putih yang menghulur.. senyumnya, suaranya masih aku ingat.. bermula dari situ keakraban kian bercambah.. aku dan farah..

tok tok tok!!! pintu bilikku diketuk dari luar.. apabila ku kuak pintu yg tertutup rapat, terjengul wajah farah dan temannya.. 'ouh budak siam yg aku ngat melayu dulu tue' aku berbisik dlm hati.. 'hye yana kan? sumaa.. coursemate farah' gemersik suaranya menambah rindu di hati.. 

suatu detik menguji kesetiaan persahabatan yg baru terbina.. farah ditakdirkan jatuh sakit.. bermula dari situlah keakraban ku yang selama ini terbina hanya bersama farah, bercambah kepada 'si budak siam' coursemate farah.. kami berkongsi info terkini tentang penyakit farah.. tanpa sedar terjalin sebuah lagi ikatan persahabatan antara aku, sumaa dan marlinda dampa yang juga coursemate farah.. 

hari berlalu tanpa farah hingga aku sebati dgn mereka.. kalau aku tiada kelas, pasti bilik sumaa lah tempat paling indah untuk dituju.. kami berkongsi penantian dan harapan agar farah segera kembali kepada kami.. tak sabar rasanya mahu berkongsi harum wangi persahabatan ini bersama farah.. 

entah badai apa yang melanda, aku masih ingat.. di tangga itulah.. di tingkat tiga berhampiran tandas bangunan kolej burhanuddin helmi, aku dan sumaa berpelukan setelah mendapat berita tragis pemergian farah.. aku ingat dengan sangat jelas, suara kami bersatu dalam tangisan yang panjang.. hari itu, secara rasminya tiada lagi harapan untuk farah kembali..

masa terus berlalu.. kami membina semula kekuatan setelah ditinggal farah.. mungkin ini yang terbaik buat farah dari membiarkan farah terusan derita menanggung kesakitan.. putus kami akhirnya.. sebelum semester dua dalam tahun pertama pengajian kami, di petang yang damai, aku sumaa dan marlinda dampa berkongsi satu bangku, bangku batu dan berlumut di pinggir bukit burhan, menghabiskan sisa terakhir kami di sem itu.. menyanyi bercerita dan ketawa.. semuanya tampak sempurna, tiada cela dalam keakraban kami walau kami berlainan agama dan bangsa..

hingga tiba suatu detik, aku sekali lagi teruji dengan kehilangan.. kali ini aku memutuskan untuk keluar dari kolej kediaman, 'perumahan indah' bagi kami.. saat itu aku bertekad untuk terusan menggenggam  wangi musim persahabatan kami..

ya.. masa terasa begitu pantas berlalu.. angin menderu membawa perubahan dalam musim keakraban yang pernah terbina.. tapi ketika itu semuanya tampak baik-baik saja.. di hari terakhir bagi sumaa dan marlinda dampa berada di UKM, aku masih bersama mereka.. berkongsi lambaian perpisahan sementara..

hmmm..
entah mana silapnya.. kau menghilang.. jauh dari aku, jauh dari dampa, jauh dari iena, kawan paling kau rapat dalam kelas.. kami hilang jejakmu.. panggilan dan pesanan dari kami tidak berbalas.. kau tahu sumaa betapa kecewanya kami??

apa pun yang terjadi padamu tidak kami persoalkan.. aku hanya mahukan kau kembali.. aku rindu gelak kau sayang, aku rindu bebelan kau.. aku rindu segalanya yang ada pada kau.. aku mencari dan masih terus mencari walau mungkin saja tika ini kau sudah jauh melupakan kami.. aku mencari kau, aku mahukan kau kerna kau istimewa.. kau seistimewa farah dalam hati aku.. terima kasih kerana kau memberi aku kegembiraan keselesaan dan keyakinan setelah ketiadaan farah.. 

kau tahu kan yunx di kolej aku tak ramai kawan.. hanya farah temankuh yang paling akrab.. tapi syukur tuhan kerna farah kenalkan kau ke aku.. hingga aku menjadi terlalu sebati dengan kau.. hingga aku tak mampu nk lupakan kau macam tue saja..

untuk kau kesayangan aku.. bila2 saja andai kau telah bersedia, kembalilah kepada kami.. aku tak berkecil hati di hari bahagiaku nanti kau tiada untuk sama2 meraikannya.. aku hanya akan menunggu.. budak siamku kembali..

Friday, December 16, 2011


14 hari saje lagi..
sekali sekala debaran tue maken terasa.. 
Ya Allah semoga semuanya berjalan seperti yg dirancang.. amin..

sampai ke saat nak bersatu ni, banyak sangat halangan nak ditempuh..
Ya Allah kuatkan hati kami menghadapi ujian2 ini..
sesungguhnya selepas berkahwin, pasti ujian yg menanti lebih getir lagi..

bila duduk diam sorang2..
terfikir betapa agungnya kuasa ilahi..
kami berjumpa, dan kemudian berpisah..
dlm tempoh perpisahan itu kami diberi peluang oleh Allah melalui pengalaman hidup yg berbeza..
siapa sangka selepas tujuh tahun terpisah..
akhirnya kami bertemu untuk bersatu..
Allah Yang Maha Besar..

Alhamdulillah Ya Allah..
Kau turunkan ujian kepada ku..
agar aku menjadi lebih tabah untuk melangkah..
Syukur Ya Rabbi..
Kau berikan aku pengajaran yg paling berguna dalam kehidupan ini..
dan terima kasih Ya Allah..
kerna hikmah kehilangan itu telah aku kecapi kini..

kepada Bakal Suamiku,
Bakal Imam dalam solat ku,
Bakal Pembimbing dalam keluargaku,
Bakal Ayah kepada zuriatku,
terima kasih kerana menerima aku sebagaimana aku..
dan terima kasih kerana sudi mengambil diri ini sebagai pendamping mu..
teruslah kau wahai bakal suami menjadi dahan buatku,
teruslah kau wahai jantung hati menjadi lampu penyuluh buat jalanku..
semoga ikatan perkahwinan ini kan dibajai dgn bunga2 cinta sayang kasih dan bahagia
yang membawa ke syurga
amin...


Friday, December 2, 2011

hyep






Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers