Tuesday, June 7, 2011

kejamnye manusia zaman skang

sesi mengupdate entry tertunggak part 2

Jurutera enggan kahwin dibunuh 

Oleh Nahar Tajri dan Rahmat Othman 

2011/05/04


Lelaki sudah berumur berang tikam mangsa mahu putus hubungan


ALOR SETAR: Hanya kerana enggan berkahwin dengan seorang lelaki jauh lebih berusia daripadanya, seorang jurutera wanita berusia 23 tahun ditikam hingga mati di Taman Mahkota, Jalan Stadium, di sini malam kelmarin. 



Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Ratna Sufizzahriyanti Omar, graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang komponen automotif di Gurun sejak lapan bulan lalu, dipercayai pergi ke rumah sewa suspek untuk memutuskan hubungan mereka.

Bagaimanapun, suspek yang berusia 50 tahun dan bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini, tidak dapat menerima hakikat itu. Selepas itu, dipercayai berlaku pertengkaran sebelum suspek bertindak menikam mangsa di dada serta tangan beberapa kali dalam sebuah bilik di rumah sewanya.
Selepas itu, lelaki terbabit pergi menemui majikannya sebelum menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dengan membawa sebilah pisau dipercayai digunakan untuk menikam mangsa pada kira-kira jam 1.30 pagi semalam. 


Suspek kemudian membawa polis ke rumah sewanya dan ditahan untuk membantu siasatan. Polis menemui mayat mangsa dalam keadaan berlumuran darah dalam sebuah bilik di dalam rumah berkenaan. 



Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan pergi ke rumah suspek untuk berbincang mengenai hubungan mereka sebelum berlaku pertengkaran hingga menyebabkan pembunuhan itu. 



Katanya, suspek datang ke balai polis bersama majikannya dengan membawa sebilah pisau untuk menyerah diri sebelum membawa polis ke lokasi kejadian. Suspek berasal dari Johor dan sudah berkeluarga direman seminggu untuk membantu siasatan. 



“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat,” katanya di sini, semalam. 



Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk bedah siasat. 



Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, keluarganya dihubungi polis memaklumkan mengenai kejadian itu, jam 3.30 pagi semalam. 



“Kami terkejut kerana kerana memang menunggu kepulangannya kerana biasanya Ratna pulang ke rumah kira-kira jam 7 petang selepas bekerja. 



“Dia pergi kerja dengan kereta dan berulang dari Gurun ke Pendang setiap hari sejak Ogos lalu serta tidak pernah pulang lewat. Kami hanya pernah jumpa sekali dengan lelaki itu, tapi tidak menyangka kejadian itu menimpa mangsa,” katanya. 



Mangsa yang berasal dari Kampung Balik Bukit, Mukim Tobiar, Pendang dikatakan mengenali suspek sejak enam tahun lalu.


mungkin entry nih telah trtunggak terlalu lama
namun aq nk letak jua..

aq mengenali arwah,, even mungkin bkan sbg teman rapat,,
namun kami pernah bekerja (wt part time kt kopitiam kawanku, bangi)
sepanjang beberapa bulan mengenali arwah,,
bg aq,, arwah seorang teman yg baik..
x lekang dgn senyuman dn x lokek untuk membantu
(maklum lar mase tue aq baru jek keje,, n bnyak bnde yg aq tatau)

siyezli sgt terkejut bile dpat tw berita ni 
terus text kwan2 kami yg same2 keje dulu
n mintak my lychee blikn metr0 ttg arwah
dn akhirnye
betul..
ratna yg dlm berita ituh adala ratna yg aq kenal

hmm..

cme ade bnde yg aq terkilan
:: nape perlu ade spekulasi negatif ttg berita begini?? ::
ouh
siyez sedih..
mlm lepas dpat tw ttg ketiadaan arwah,, aq sk0deng fb n bel0g
ade mcm2 cerita yg keluar ttg kes arwah
dn sbg teman,, (even x serapat mane)
meleleh gak air mate aq
mmbace spekulasi2 negatif yg dilemparkn

kalau aq yg xde kaitan sgt ngn arwah ley meleleh air mate,,
ley x k0ang bayangkn pe pasaan family arwah lau trbace ttg sume tue??
hmm

tp aq malas da nk ulang semula cerita tue
biarlah
selagi namanye manusia,, sume 0ang berhak nt0k mengeluarkn kate2
kn??


 ~ arwah cantik kn?? ~
al-fatihah untuk kawan saya ratna,, muge Allah tmpatkn kamu dlm g0l0ngan 
roh2 0rg yg beriman sayang

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers