Saturday, October 29, 2011

pengajaran berguna

sesungguhnye PENGALAMAN adalah GURU terbaik dalam kehidupan manusia.. percayalah,, apa yg kita pelajari dari dari pengalaman akan lebih TERKESAN dalam jiwa berbanding kita belajar dari buku.. (ini tidak bermaksud belajar dari buku itu tidak bagus ye kawan2)

pengalaman lalu mengajar aku tentang MEMBERIKAN YG TERBAIK, selama mana ia masih berada di hadapan mata..
~ kita sebagai manusia kadang terleka, hingga kita selalu sahaja ingin memberikan yg terbaik buat mereka yg berada di lingkungan kita, atau org jauh dgn kita,, hingga kadang kita TERLUPA untuk memberikan yg terbaik buat KEDUA IBU BAPA KITA
= contoh : satu hari minggu,, minah diajak oleh kawan2 sekelasnya untuk keluar menonton wayang.. dalam masa yg sama, ibu bapa minah mahu membawa minah ke rumah nenek untuk majlis makan2 bersama keluarga.. oleh sebab nak jaga hati kawan, maka minah menolak ajakan ibu bapanya untuk ke rumah nenek.. pada pemikiran minah,, esok2 masih ada untuk ke rumah nenek.. tapi,, pernahkah minah terfikir andai ESOK tiada lagi buat ibu bapa minah?? atau ESOK tiada lagi buat NENEK minah?

pengalaman lalu juga mengajar aku tentang BERSEDIA dengan apa pun kemungkinan..
~ jangan mudah letakkan diri kita di ZON SELESA hingga kita takut untuk keluar dari zon tersebut
= contoh : munah menjawat jawatan kerani di sebuah kilang. munah sangat seronok dgn kerjanya kerana dia dilingkungi oleh teman2 rapat yg baik hati, bos yg tidak memeningkan kepala, serta tempat kerja yg sangat dekat dengan rumah orang tuanya. bertahun2 munah bekerja di situ hinggalah satu hari, munah ditawarkan kenaikan pangkat, dengan syarat munah harus bekerja di cawangan baharu kilang tersebut yg sangat jauh dari rumah kedua orang tuanya, tiada teman2 rapat yg mengelilingi, serta harus bekerja dgn bos yg tidak diketahui fe'elnya.. oleh sb brtahun2 munah berada dlm zon selesa, hingga dia takut untuk melangkah keluar dr zon tersebut dan akhirnya, peluang itu telah disambar oleh milah, seorang kerani yg baru seminggu bekerja dgn kilang tersebut.. siapa yg rugi? milah atau munah?

kawan2
kalau hari ini korang merasakan korang lah insan yg paling malang dalam dunia, ketahuilah ADA lagi insan yg lebih malang dari korang..

kawan2
kalau hari ini korang merasakan korang telah memberi banyak dari apa yg korang terima, ketahuilah ADA lagi insan yg telah memberi lebih banyak dari korang..

kawan2
kalau hari ini korang merasakan korang lah yg paling berkuasa, percayalah ada lagi yg lebih BERKUASA dari korang

maka nasihat aku untuk AKU,, juga untuk korang,,
BERSYUKURLAH dgn apa yg korang ada sekarang
HARGAILAH dgn apa yg ada di depan mata korang sekarang
dan BERSEDIALAH untuk melakukan perubahan dalam hidup korang kerana untuk mencapai kejayaan,, kita harus BERANI melakukan perubahan..

(ada mcm HM TUAH, xpun DR HAJI FADZILAH KAMSAH, xpun PROF IZI x??) =)

meh nk share PETUA DIPERLUASKAN REZEKI
hari2, sedekahkan surah al-fatihah buat ibu ayah kita x kira sama ada diaorang
masih hidup atau dah pun meninggal dunia..

insyaallah
anak2 yg selalu mendoakan kedua ibu bapanya, maka Allah
akan memperluaskn pintu rezeki bagi anak tersebut
amin

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers