Sunday, December 18, 2011

nostalgia buat sahabat

malam ni ati terasa sayu.. teringat aku kisah 3 tahun dulu.. saat pertama kali aku datang ke UKM.. mata memandang kosong ke persekitaran yang asing.. tibe2 kertas atau pen, entah aku pun tidak berapa pasti, yang ku pegang terjatuh.. dan ada sepasang tangan putih yang menghulur.. senyumnya, suaranya masih aku ingat.. bermula dari situ keakraban kian bercambah.. aku dan farah..

tok tok tok!!! pintu bilikku diketuk dari luar.. apabila ku kuak pintu yg tertutup rapat, terjengul wajah farah dan temannya.. 'ouh budak siam yg aku ngat melayu dulu tue' aku berbisik dlm hati.. 'hye yana kan? sumaa.. coursemate farah' gemersik suaranya menambah rindu di hati.. 

suatu detik menguji kesetiaan persahabatan yg baru terbina.. farah ditakdirkan jatuh sakit.. bermula dari situlah keakraban ku yang selama ini terbina hanya bersama farah, bercambah kepada 'si budak siam' coursemate farah.. kami berkongsi info terkini tentang penyakit farah.. tanpa sedar terjalin sebuah lagi ikatan persahabatan antara aku, sumaa dan marlinda dampa yang juga coursemate farah.. 

hari berlalu tanpa farah hingga aku sebati dgn mereka.. kalau aku tiada kelas, pasti bilik sumaa lah tempat paling indah untuk dituju.. kami berkongsi penantian dan harapan agar farah segera kembali kepada kami.. tak sabar rasanya mahu berkongsi harum wangi persahabatan ini bersama farah.. 

entah badai apa yang melanda, aku masih ingat.. di tangga itulah.. di tingkat tiga berhampiran tandas bangunan kolej burhanuddin helmi, aku dan sumaa berpelukan setelah mendapat berita tragis pemergian farah.. aku ingat dengan sangat jelas, suara kami bersatu dalam tangisan yang panjang.. hari itu, secara rasminya tiada lagi harapan untuk farah kembali..

masa terus berlalu.. kami membina semula kekuatan setelah ditinggal farah.. mungkin ini yang terbaik buat farah dari membiarkan farah terusan derita menanggung kesakitan.. putus kami akhirnya.. sebelum semester dua dalam tahun pertama pengajian kami, di petang yang damai, aku sumaa dan marlinda dampa berkongsi satu bangku, bangku batu dan berlumut di pinggir bukit burhan, menghabiskan sisa terakhir kami di sem itu.. menyanyi bercerita dan ketawa.. semuanya tampak sempurna, tiada cela dalam keakraban kami walau kami berlainan agama dan bangsa..

hingga tiba suatu detik, aku sekali lagi teruji dengan kehilangan.. kali ini aku memutuskan untuk keluar dari kolej kediaman, 'perumahan indah' bagi kami.. saat itu aku bertekad untuk terusan menggenggam  wangi musim persahabatan kami..

ya.. masa terasa begitu pantas berlalu.. angin menderu membawa perubahan dalam musim keakraban yang pernah terbina.. tapi ketika itu semuanya tampak baik-baik saja.. di hari terakhir bagi sumaa dan marlinda dampa berada di UKM, aku masih bersama mereka.. berkongsi lambaian perpisahan sementara..

hmmm..
entah mana silapnya.. kau menghilang.. jauh dari aku, jauh dari dampa, jauh dari iena, kawan paling kau rapat dalam kelas.. kami hilang jejakmu.. panggilan dan pesanan dari kami tidak berbalas.. kau tahu sumaa betapa kecewanya kami??

apa pun yang terjadi padamu tidak kami persoalkan.. aku hanya mahukan kau kembali.. aku rindu gelak kau sayang, aku rindu bebelan kau.. aku rindu segalanya yang ada pada kau.. aku mencari dan masih terus mencari walau mungkin saja tika ini kau sudah jauh melupakan kami.. aku mencari kau, aku mahukan kau kerna kau istimewa.. kau seistimewa farah dalam hati aku.. terima kasih kerana kau memberi aku kegembiraan keselesaan dan keyakinan setelah ketiadaan farah.. 

kau tahu kan yunx di kolej aku tak ramai kawan.. hanya farah temankuh yang paling akrab.. tapi syukur tuhan kerna farah kenalkan kau ke aku.. hingga aku menjadi terlalu sebati dengan kau.. hingga aku tak mampu nk lupakan kau macam tue saja..

untuk kau kesayangan aku.. bila2 saja andai kau telah bersedia, kembalilah kepada kami.. aku tak berkecil hati di hari bahagiaku nanti kau tiada untuk sama2 meraikannya.. aku hanya akan menunggu.. budak siamku kembali..

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers